bersama catatan peribadi & teknikalnya.

Pandangan Saya Terhadap Opera

Pelayar Web Utama Baharu Saya


outdated
#opera | #vimium | #archlinux

Saya agak suka kepadanya disebabkan oleh penggunaan memori yang lebih rendah berbanding Chromium. Tambahan pula, fungsi meyalin teks '(copy to clipboard)' melalui skrip java clipboard.js juga disokong di dalamnya. Namun, terdapat banyak keraguan yang bermain di hati untuk menjadikan Opera ini sebagai pelayar web utama pada permulaannya. Sebabnya:-
  1. Tidak ada 'extension' seperti Vimium sebagaimana yang boleh didapati pada pelayar web Chromium. 'Extension' ini memudahkan saya untuk melayari laman web dengan hanya menggunakan kekunci pintasan ala-ala Vim kerana saya memang tidak gemar menggunakan tetikus.
  2. Bukan itu sahaja, Opera juga hanya boleh memainkan video yang dimuatnaik dalam bentuk webm sahaja, tidak seperti Chromium yang boleh memainkan video dimuatnaik dalam bentuk mp4. Hal ini menjadi masalah juga kerana kelihatannya video berformatkan webm adalah lebih besar saiznya berbanding video sama yang berformatkan mp4 (atas pengalaman sendiri).

Tiga senarai di atas ialah faktor-faktor yang membuatkan saya ragu-ragu untuk menjadikan Opera ini sebagai pelayar web utama untuk komputer riba saya ini walaupun hati ini amat terpaut dengan kelebihan dalam penggunaan memori yang lebih rendah berbanding pelayar-pelayar web yang lain.

Justeru, saya usahakan mencari alternatif untuk menjadikan-nya satu realisasi, iaitu dengan mencari jalan agar masalah pertama di atas dapat diselesaikan. Akhirnya, jumpa juga caranya. Alhamdulillah, rupa-rupanya ‘Chrome extension’ boleh dipasang di dalam Opera. Makanya, Vimium juga boleh dipasang dan saya boleh melayari laman web melaluinya dengan hanya menggunakan kekunci pintasan seperti tetapan Vim.

Masalah nombor dua dan tiga pula, saya tutup mata sahajalah. Tidak perlu dijadikan isu yang besar. Asalkan boleh memainkan video dengan penggunaan memori yang lebih rendah.

Bagaimana caranya memasang ‘Chrome extension’ pada Opera agar ‘Vimium extension’ dapat dipasang dan dimanfaatkan seperti yang saya perolehi daripada pelayaran web melalui Chromium? Rujuk kepada [gambar dalam bentuk gif beranimasi di atas].

Satu lagi gambar gif beranimasi yang menunjukkan kebolehan menggunakan clipboard.js iaitu skrip java yang membenarkan fungsi menyalin teks dijalankan di dalam Opera juga dikongsi di bawah ini:-



Kali terakhir dikemaskini:
Top