Arch Linux

Saya sudah lama cuba beralih ke pelayan BIND untuk menguruskan domain. Namun, dek pemahaman yang terlalu lemah, semuanya berakhir dengan kegagalan. Setelah lama berputus asa, saya cuba lagi kali ini, dengan mengosongkan fikiran dan berlapang dada, berbekalkan dokumentasi daripada BIND 9 sendiri dan BIND - ArchWiki, bersama bantuan daripada Google Gemini, akhirnya berhasil juga konfigurasinya.

Arch Linux

Kedua-dua komputer riba, milik saya dan anak-anak mula mengadaptasi Wayland sebagai protokol pelayan paparan. Saya mencari-cari pengganti kepada TigerVNC, supaya dapat saya akses desktop jauh komputer riba anak-anak saya ini, setidak-tidaknya dengan permasalahan dan ralat yang minima.

Laptop saya hanya menggunakan kompositor sway, manakala untuk peranti anak, saya pasangkan desktop plasma. Selepas membuat beberapa carian, mencuba pelbagai aplikasi dan kaedah, saya putuskan untuk mengimplimentasikan protokol yang saya bincangkan selanjutnya di sini.

Pseudo-Distributed, dalam VM Debian 13

Rancangan saya untuk meneliti konfigurasi Hadoop dalam mod selamat, mengikut amalan standard Hadoop yang memperuntukkan setiap servis dijalankan oleh pengguna khusus, akhirnya terlaksana. Walaupun hanya menggunakan nod tunggal, memahami asasnya terlebih dahulu sudah memadai sebelum beralih kepada kluster berbilang nod. Di sini saya dokumentasikan langkah perjalanannya.

Saya menjalankan eksperimen ini dalam VM Debian 13.

Integrasi GSSAPI melalui Kerberos serta TLS

  
  ---
title: Seni Bina Integrasi OpenLDAP + Kerberos GSSAPI + TLS
---
flowchart BT
  subgraph Client["Klien"]
        A["kinit: Dapatkan tiket Kerberos"]
        B["ldapadd / ldapsearch<br>guna SASL GSSAPI"]
  end
  subgraph Network["Rangkaian"]
        TLS["Saluran TLS<br>SSL/TLS encryption"]
  end
  subgraph LDAP_Server["Pelayan OpenLDAP"]
        C["slapd: Konfigurasi TLS<br>dan SASL GSSAPI"]
        D["Keytab Kerberos<br>ldap.keytab"]
        E["ACL: Kawalan akses"]
        DB[("Pangkalan Data LDAP")]
  end
  subgraph KDC["Kerberos KDC"]
        F["Prinsipal ldap/hostname"]
        G["Pengeluaran tiket TGT & tiket servis"]
  end
    A -- Meminta TGT --> F
    F -- Mengeluarkan TGT --> A
    B -- Meminta tiket servis untuk LDAP --> G
    G -- Memberi tiket servis --> B
    B --> TLS
    TLS --> C
    C -- Sahkan tiket GSSAPI --> D
    C -- Periksa hak akses --> E
    E --> DB

OpenLDAP ialah perisian sumber terbuka yang menyediakan implementasi protokol Lightweight Directory Access Protocol (LDAP) untuk menyimpan dan mengurus data direktori secara terpusat, seperti maklumat pengguna, kumpulan, dan konfigurasi rangkaian.

Percubaan saya dengan libvirt pada mulanya tidaklah serius. Hanya ingin mengenali asas pengurusan mesin maya menerusi virt-install dan virsh, sambil-sambil membaca dokumentasi yang ditemui di Internet. Namun begitu, semakin lama saya mencuba, semakin tertarik saya kepada aspek keselamatan dan pengesahan sambungan klien dalam libvirt, sesuatu yang sebelum ini saya abaikan kerana berasakan tidak perlu.

Rujukan seperti ArchWiki hanya memperkenalkan topik autentikasi ini secara sepintas lalu, dengan pautan kepada dokumentasi rasmi: libvirt: Connection authentication. Dari sinilah saya mula menyelami secara lebih serius kaedah-kaedah autentikasi yang disokong oleh libvirt.

Tentang Blog & Penulis

Topik perbincangan dalam blog ini merangkumi Linux dan perisian sumber terbuka, Virtual Machine, serta Typesetting system.
Fokus semasa: Full Stack Development
Minat sampingan: Analisis Data
Bakat tersembunyi hamba (yang patutlah dipendam buat selama-lamanya): Menyanyi dan melukis.

Sumber dari Wallpaper Cave.