Buat Resume Dengan LaTeX
Baru-baru ini, datang kembali semangat berkobar-kobar untuk mengemaskini resume
setelah sekian lama dibiar terperuk begitu sahaja sejak bergelar surirumah ini.
Oleh sebab sistem operasi utama yang saya gunakan adalah Arch Linux
, maka tiadalah Microsoft Word
untuk saya gunakan sebagai platform bagi mengemaskini resume
saya. Oh, sudah tentulah ada pilihan lain bagi saya jika saya mahu menggunakan aplikasi dengan ciri-ciri yang hampir sama dengan Microsoft Word
seperti LibreOffice
dan OpenOffice
, tetapi saya memilih untuk membina resume
dengan menggunakan LaTeX
.
Tidak mahu cakap banyak, boleh lihat sendiri kod-kod yang digunakan dalam menghasilkan resume
dengan menggunakan LaTeX
melalui pautan di bawah. Juga, saya sertakan sekali fail pdf-nya setelah melakukan kompilasi kepada fail .tex
tersebut dengan menggunakan ‘plugin’ VimTex
.
Pautan ke fail LaTeX
untuk sampel resume:
[resume-sample.tex]
compilation failed!
apabila membuat penyusunan melalui 'plugin' VimTex
. Akan tetapi saya abaikan sahaja kerana semua isinya berjaya dipamerkan dalam bentuk pdf dengan baik mengikut spesifikasi yang saya mahukan seperti yang terpamer di atas ini.
TERKINI 1: (21/10/2017 07:34 pagi)
Masalah bagi ralat [1] berjaya diselesaikan dengan menggantikan
\hline
kepada \rule
. Namun, masalah ralat yang memaparkan [2] Overfull \hbox
dan [3] Underfull \hbox
masih berlaku. Permasalahan ini masih belum mampu saya rungkaikan.
TERKINI 2: (21/10/2017 04:02 petang)
Ralat [3] berjaya dihapuskan dengan menambah di bahagian
preamble
empat baris kod seperti yang dinyatakan oleh imdadullah pada [komentar terakhir] di bawah sekali. Ralat [2] masih kekal tergantung tanpa sebarang penyelesaian.
TERKINI 3: (21/10/2017 09:30 malam))
Ralat [2] akhirnya berjaya dirungkaikan. Saya hanya bermain-main dengan kelebaran teks (
\textwidth
) pada kotak yang berisi nama dan gambar passport sehingga akhirnya ralat berkenaan tidak lagi muncul.