Garis Masa

Secebis Kisah Untuk Dikenang

10 Feb 2018, Sat @11:52 AM

My Arch's kernel has been upgraded to its latest official release this morning. And upon checking, all the variants are now NO LONGER VULNERABLE.

15 Jan 2018, Mon @04:28 AM

Gambar ini ialah cerita satu minggu yang lepas bertarikh 2018 Januari, 6. Cerita sewaktu ibu berjaya mendapatkan ‘me time’ yang sebenar dengan meninggalkan anak-anak bersama ayahnya sebentar di rumah sementara ibu menonton wayang bersama sahabat sejati dunia dan akhirat ibu ini.

13 Jan 2018, Sat @09:23 PM

Raziq falls sick again this time. From the symptoms he is having; rashes with blisters all over his face and head, it seems like he is contracting chickenpox.

Syafakallah, sayang.

28 Dec 2017, Thu @01:11 AM

To prevent herself from drooling over the Raspberry Pi kit over and over again, ibu keeps herself busy with learning origami using pieces of paper taken from the IKEA catalogue.

23 Dec 2017, Sat @06:07 AM

Tiba-tiba rasa berminat sangat hendak menerokai dunia Raspberry Pi.

But the budgets for these few months are really really tight.

One day, Insya-Allah.

28 Nov 2017, Tue @07:41 AM

Kelmarin, saya hubungi Klinik LPPKN Skudai untuk menyertai program pemeriksaan pap smear (WOW) secara percuma yang bakal berakhir pada 30 November ini.

Sayang seribu kali sayang, tidak dapat menjadi antara peserta yang memeriahkan program percuma ini.

Sebabnya?
Syarat-syarat untuk menjalani pemeriksaan ini adalah:-

  • Paling sesuai dijalankan pada hari ke-12 hingga ke-20 selepas didatangi haid.
  • Tidak hamil sewaktu menjalani ujian ini.
- Syarat dipenuhi
- Syarat tidak dipenuhi

Lain-lain maklumat:-
  • Bayaran untuk pemeriksaan pap smear sahaja = RM20.
  • Bayaran untuk pemeriksaan pap smear + kolesterol + (tidak ingat) = RM25.

Berbaloi sudah itu. Will do!

25 Nov 2017, Sat @10:48 AM

I haven’t finished covering all the things I need to say in my latest post regarding ConTeXt. Mood belum datang tambah-tambah Raziq masih belum pulih sepenuhnya daripada jangkitan measles.

But he is definitely getting better. Ibu is so happy.

Alhamdulillahi thummalhamdulillahi thummalhamdulillah.

23 Nov 2017, Thu @08:19 AM

Penyakit cegahan vaksin yang menyerang bayi sebelum sempat menerima suntikan lengkap.

Raziq is one of the victims. Sehingga hari ini, hari ke-10 beliau diserang measles (campak), beliau amat-amat lemah dan sentiasa demam walau sudah diberi ubat tahan sakit, dimandikan serta dijelum badannya dengan begitu kerap. Beliau tidak mampu menggerakkan badan walaupun kini sudah tidak kelihatan seperti zombie lagi.

Di hari pertama beliau di dalam wad kanak-kanak bersamaan hari ke-5 beliau sakit, keseluruhan mata termasuk mata coklat bundar beliau begitu jelas dilihat merah menyala. Kasihan amat ibu melihatnya. Tetapi ibu mesti kuat! Dan ibu tetap bersyukur kerana selera makan dan menyusu adik tidak terjejas biarpun sakit begini, malah sesi penyusuan kian bertambah. Adik tahu adik perlu menyusu dengan banyak untuk cepat pulih.

InsyaAllah, ibu doakan kesembuhan yang segera untuk anak ibu, Ahmad Raziq. Ibu rindu mahu melihat adik yang cergas dan laju merangkak menuju ke arah pintu dan kemudian berdiri sambil berpaut pada jeriji besi di pintu sambil menjerit teruja.

Tidak mengapalah ibu lelah ‘mengutip’ adik yang aktif ke sana ke mari pun, asal sahaja anak ibu sihat dan ceria. 😄

19 Nov 2017, Sun @09:59 PM

Sunyi suasana di dalam bilik isolasi ini. Sesekali menjamah dahi dan badan Raziq. Terasa dedar sahaja terus ibu semburkan air ke seluruh badan beliau. Setiap kali itulah beliau merengek dengan suara yang sudah hampir hilang. Sayu teramat bunyinya seakan-akan menanggung derita yang begitu besar.

Tiba-tiba kerinduan datang menyapa. Allahyarham abah. Sungguh, beliau bukan seorang ayah yang sempurna. Amat tidak sempurna. Seperti diri ini yang sudah bergelar ibu, kumengerti betapa sukar menjadi seorang ibu atau ayah yang sempurna buat anak-anak.

Kerana itulah, anak ini mendoakan syurga buatmu, abah. Dengan segala kesengsaraan dan derita yang ditanggung oleh dirimu ketika hayatmu, kumemohon agar Allah mengasihimu lalu menganugerahi syurga buatmu.

Terima kasih abah. Sentiasa menjadi abah yang tidak membezakan anak lelaki atau perempuan. Anak perempuan mesti berjaya dan berdikari kata abah. Malah boleh setanding lelaki. Biar kini anak perempuan abah ini hanyalah seorang surirumah dan masih belum berjaya seperti yang abah harapkan, anak perempuan abah kini seorang ‘geek’. Bolehlah tu, kan?

Dari jauh kukirimkan rindu, buat abah yang kini bersemadi di alam yang tidak mampu dijengah oleh insan-insan bernyawa selagi belum tiba masanya.

16 Nov 2017, Thu @08:41 PM

What appeared to be disappointing to me previously was due to my own ignorance, actually.

I guess setting the baseurl to “/” instead of “my weblog homepage address” in config.toml file has resolved the ‘some broken links’ issue.

Reference: Problem with site appearance when deploying via Netlify #114


(Sumber untuk penggunaan garis masa ini adalah daripada "Timeline scribble")
Top