Status Harian

28 Nov 2017, Tuesday
07:41 AM

Kelmarin, saya hubungi Klinik LPPKN Skudai untuk menyertai program pemeriksaan pap smear (WOW) secara percuma yang bakal berakhir pada 30 November ini.

Sayang seribu kali sayang, tidak dapat menjadi antara peserta yang memeriahkan program percuma ini.

Sebabnya?
Syarat-syarat untuk menjalani pemeriksaan ini adalah:-

  • Paling sesuai dijalankan pada hari ke-12 hingga ke-20 selepas didatangi haid.
  • Tidak hamil sewaktu menjalani ujian ini.
- Syarat dipenuhi
- Syarat tidak dipenuhi

Lain-lain maklumat:-
  • Bayaran untuk pemeriksaan pap smear sahaja = RM20.
  • Bayaran untuk pemeriksaan pap smear + kolesterol + (tidak ingat) = RM25.

Berbaloi sudah itu. Will do!

Top