Status Harian

28 May 2017, Sunday
08:40 PM

Cubaan ibu berpuasa pada hari ini gagal. Akhirnya kecundang di tengah jalan mengalami gastritis. Sudah begitu lama semenjak kali terakhir sakit ini datang bertamu. Jadi sudah lupa bagaimana rasa deritanya bila gastritis ini menyerang. Sengsaranya rasa apabila pedih ulu hati mencucuk-cucuk sehingga muntah-muntah tadi kembali mengingatkannya. Seram sejuk satu badan.

Setiap kali keluar angin melalui mulut, Kak Long Diya akan bertanya,

"Are you okay?"

Ibu jadi amat terharu… dan dalam masa yang sama rasa terhibur.

Top