Status Harian

23 Nov 2017, Thursday
08:19 AM

Penyakit cegahan vaksin yang menyerang bayi sebelum sempat menerima suntikan lengkap.

Raziq is one of the victims. Sehingga hari ini, hari ke-10 beliau diserang measles (campak), beliau amat-amat lemah dan sentiasa demam walau sudah diberi ubat tahan sakit, dimandikan serta dijelum badannya dengan begitu kerap. Beliau tidak mampu menggerakkan badan walaupun kini sudah tidak kelihatan seperti zombie lagi.

Di hari pertama beliau di dalam wad kanak-kanak bersamaan hari ke-5 beliau sakit, keseluruhan mata termasuk mata coklat bundar beliau begitu jelas dilihat merah menyala. Kasihan amat ibu melihatnya. Tetapi ibu mesti kuat! Dan ibu tetap bersyukur kerana selera makan dan menyusu adik tidak terjejas biarpun sakit begini, malah sesi penyusuan kian bertambah. Adik tahu adik perlu menyusu dengan banyak untuk cepat pulih.

InsyaAllah, ibu doakan kesembuhan yang segera untuk anak ibu, Ahmad Raziq. Ibu rindu mahu melihat adik yang cergas dan laju merangkak menuju ke arah pintu dan kemudian berdiri sambil berpaut pada jeriji besi di pintu sambil menjerit teruja.

Tidak mengapalah ibu lelah ‘mengutip’ adik yang aktif ke sana ke mari pun, asal sahaja anak ibu sihat dan ceria. 😄

Top