Status Harian

22 Sep 2017, Friday
06:45 AM

Penggunaan wifi-menu dalam archiso keluaran terbaru ini (selepas keluaran 2017.07.01) tidak lagi mendatangkan hasil, memaksa hamba untuk ‘mount’ sistem sedia ada dan menyalin fail konfigurasi wpa_supplicant sebelum mendapatkan capaian internet secara manual dengan menjalankan baris perintah.

Hal ini bukanlah menjadi satu masalah kerana memang selama ini hamba dapatkan sambungan Internet melalui aplikasi wpa_supplicant tersebut. Cuma, agak leceh juga bila perlu ‘mount’ sistem Arch hamba serta salin fail konfigurasi darinya.

Top