Status Harian

Sabtu

22 Apr 2017, Saturday
08:56 PM

Saat adik Raziq lena tidur sesudah sesi menyusu yang berpanjangan, ibu mencuri-curi masa untuk makan sebelum beliau bangun minta susu lagi, lalu datang Kak Long Diya ke sisi adiknya dan diulang-ulang kata ini di tepi telinga adiknya itu:

"Adik, bangunlah! Makan..!"

Maka melalaklah adik itu dek tidur yang terganggu.

Serius, ibu rasa mahu menangis.

Top