Status Harian

15 Jun 2017, Thursday
12:30 AM
"Happy birthday to you..! Happy birthday to you..! Happy birthday to you uuu...! Happy birthday to you.."

Nyanyian gigih Kak Long di tepi telinga adik Raziq yang sudah 2 bulan lahir 10 minit yang lepas! Ibu malas nak layan sebab sibuk baca ‘update’ perihal kes buli sehingga membawa kepada kematian oleh pelajar-pelajar UPNM.

Ibu bagi arahan,

"Tidur!"

Kak Long pun jawab,

"Tidur..." (merujuk kepada ibu juga. Maksudnya ibu pun perlu tidur).

Tetapi disebabkan ibu degil, maka Kak Long pun berkata lagi,

"Tidur.. Dah! Tutup!"

Terpaksa ibu insaf (sempat pula ‘up’ pos ini).

~Akibat mula tidur jam 6 petang sehingga 9 malam. Ibu harus lebih tegas dengan jadual tidur di waktu siang ni!
Top