Status Harian

13 Jul 2017, Thursday
10:34 AM

Adik Raziq sudah berusia 3 bulan. Berat beliau sewaktu check-up di KKIA pada hari Isnin baru-baru ini adalah 6.3kg.

Pernah ayahnya suatu ketika dahulu tidak percaya bahawa bayi yang disusukan ibu sepenuhnya boleh menjadi begitu montel. Maka inilah Allah tunjukkan melalui adik Raziq, anak beliau sendiri. Hehe.

Raziq sudah boleh tegakkan kepala. Apabila ibu letakkan di atas perut ibu dengan harapan agar perut membuncit ibu ini bisa kempis, ibu perhati sahaja matanya yang sibuk meneliti apa sahaja corak yang terdapat pada baju ibu. Sambil-sambil itu apabila terdengar suara riang kakaknya yang terkinja-kinja melompat atau memanjat (memang hobi sangat), beliau akan berpaling menonton aksi kakaknya itu pula.

Sungguh, ibu amat merasakan kebesaran Allah yang Maha Hebat melalui perkembangan Raziq ini.

Belajar BERSYUKUR, sentiasa.
Top