Status Harian

07 Dec 2019, Saturday
09:50 PM

Fuh, cemas seketika apabila mengemaskini halaman statik Hugo kepada versi terbaru ini. Habis kesemua susun atur weblog ini lari dan tiada paparan yang keluar.

Rupa-rupanya, format dah bertukar dan perlu ‘enable’ mod “tidak selamat” dek penggunaan kod HTML yang terlalu banyak berbanding Markdown.

[https://gohugo.io/news/0.60.0-relnotes]

Dan struktur versi baru ini juga sebenarnya telah terlalu banyak berubah. Jika mahu mengikut skema terbaru ini, perlu banyak masa jugalah untuk membetulkan kesemuanya. Yang diperlukan ialah kemahuan untuk rajin dan juga kelapangan masa jika diizin Allah.

Top