Konfigurasi TigerVNC Sebagai Pelayan Tempatan untuk Desktop Jauh
Hos & Klien: Arch Linux
vncviewer
.Ditulis semula.
Melalui perbincangan bersama anak-anak, saya jelaskan bahawa ada ketikanya saya akan melihat aktiviti di komputer riba mereka (menggunakan distro Arch Linux
) melalui skrin sistem operasi saya (juga distro Arch Linux
).
Hal ini juga sesungguhnya menyenangkan apabila saya perlu mengambil alih laptop mereka sebagai “admin” setiap kali diadukan sebarang masalah berkait sistem.
Sebelum ini, saya gunakan DWService
untuk memantau dari web browser saya. Selepas merajinkan diri meneroka pakej-pakej server (pelayan) VNC, berhasil jugalah mendapatkannya dengan pakej-pakej binari yang tersedia dalam TigerVNC
.