#Vm

Alternatif kepada Spice WebDAVD

Samba adalah perisian yang menyediakan akses kepada pelbagai jenis kluster sistem fail. Program ini boleh menjadi satu alternatif untuk menggantikan Spice WebDADV apabila ingin membuat tetapan perkongsian direktori dan fail antara hos Linux/UNIX dengan VM Windows.

Berikut merupakan langkah-langkah ringkas untuk diikuti dalam menyediakan pelayan samba di hos, dan mengaksesnya sebagai klien di VM Windows.

Percubaan saya dengan libvirt pada mulanya tidaklah serius. Hanya ingin mengenali asas pengurusan mesin maya menerusi virt-install dan virsh, sambil-sambil membaca dokumentasi yang ditemui di Internet. Namun begitu, semakin lama saya mencuba, semakin tertarik saya kepada aspek keselamatan dan pengesahan sambungan klien dalam libvirt, sesuatu yang sebelum ini saya abaikan kerana berasakan tidak perlu.

Rujukan seperti ArchWiki hanya memperkenalkan topik autentikasi ini secara sepintas lalu, dengan pautan kepada dokumentasi rasmi: libvirt: Connection authentication. Dari sinilah saya mula menyelami secara lebih serius kaedah-kaedah autentikasi yang disokong oleh libvirt.

  • Untuk penyediaan dua VM dengan distribusi yang sama ini, saya gunakan imej QEMU qcow2 bagi Fedora Server 41, yang dimuat turun dari laman ini di bawah seksyen For Intel and AMD x86_64 systems.

  • Setiap satu VM ditetapkan alamat IP-nya sendiri dan hal ini dapat dicapai (terima kasih) dengan adanya fungsi untuk menambah peranti TUN/TAP. Fungsi ini membolehkan pengguna untuk menambah alamat IP yang ditugaskan kepada VM masing-masing melalui laluan (route) daripada alamat IP yang dimiliki oleh hos.

Aplikasi GUI untuk libvirt

Dua fail ISO untuk dimuat turun sebagai pra-syarat:

  1. Windows

  2. virtio-win.iso yang disumbangkan oleh komuniti Fedora.

Berikut merupakan pakej asas yang diperlukan dalam distro Arch Linux:-

qemu-base
qemu-audio-spice
qemu-hw-display-qxl
qemu-ui-spice-app
virt-manager 
virt-viewer

Tambahkan pengguna ke dalam grup kvm, libvirt dan libvirt-qemu dengan arahan berikut:

bash
sudo usermod -aG kvm,libvirt,libvirt-qemu $USER 

QEMU/KVM (Manual)

#archlinux | #luks | #lvm | #xfs | #btrfs | #qemu | #vm | #uefi
  • Saya sediakan tulisan ini sebagai nota untuk rujukan saya sendiri.
  • I used the command provided in [my previous post] applicable for Linux (UEFI) to load the Live CD.
  • Walaupun tiada keperluan kerana saya memang sudah menggunakan sistem ini sebagai sistem operasi utama saya, tetapi apa yang saya catatkan ini berguna untuk saya aplikasikan bagi tujuan pemasangan di komputer riba sebagai hos di lain-lain masa. Pun begitu, sekiranya tuan / puan membaca dan menggunakan nota saya ini sebagai rujukan, perlu saya ingatkan bahawa akan ada beberapa perkara yang perlu dilaras mengikut keadaan misalnya sambungan WiFi tidak terpakai dalam VM tetapi ia perlu dikonfigurasi bagi sistem hos.
 Sila pastikan sistem hos sudah bersambung dengan rangkaian Internet.

Virtual Machines / Mesin Maya

#qemu | #vm | #SSH | #virtio | #nvme | #uefi
Windows 11: Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk memasang VM Windows 11. Hal ini adalah diakibatkan oleh cip komputer (microcontroller) yang dilekatkan kepada motherboard di dalam kebanyakan peranti moden sekarang ini yang dinamakan sebagai Trusted Platform Module (TPM). Perlu pasang pakej swtpm terlebih dahulu sama ada dari git stefanberger / swtpm atau dari distribusi masing-masing. Arch Linux ada menyediakan pakej ini dalam repositori community.

Tentang Blog & Penulis

Topik perbincangan dalam blog ini merangkumi Linux dan perisian sumber terbuka, Virtual Machine, serta Typesetting system.
Fokus semasa: Full Stack Development
Minat sampingan: Analisis Data
Bakat tersembunyi hamba (yang patutlah dipendam buat selama-lamanya): Menyanyi dan melukis.

Sumber dari Wallpaper Cave.