Saya sudah mencuba untuk Windows 10 juga. Sama sahaja caranya. Tiada yang berubah. Perbezaan disedari hanya terdapat pada User Interface sahaja [ tidak terhad kepada penampilan (appearance) dan penetapan (settings) ]. Amaran SPOILER ❗ Saya lebih menggemari cara manual melalui QEMU/KVM berbanding cara ini. Telah ada penulisan saya yang menunjukkan caranya di pautan berikut; Pemasangan Windows di Mesin Maya. Dapatan saya:- Kualiti prestasi dengannya adalah lebih cemerlang.
Terkini mengenai QEMU/KVM, tiada lagi sokongan untuk UEFI yang sebelum ini boleh dijalankan dengan baris perintah qemu-system-x86_64 -enable-kvm sahaja, seperti yang pernah saya demo pada hantaran saya lama dahulu di entri Install Arch Linux on Virtual Machine With UEFI Support Enable. Sebaliknya, jika berkeinginan menjalankan ujian/cubaan untuk memasang sistem Linux di mesin maya dengan bootloader UEFI/GPT, pemasangan hanya boleh dijalankan melalui aplikasi GUI bagi libvirt iaitu Virt-Manager. Oops, sebenarnya cubaan sistem UEFI tanpa sokongan asli masih ada.