Menghubungkan Hugo dengan Nginx dan LiveReload
Konfigurasi Nginx sebagai proksi songsang

Dalam proses pembangunan laman statik menggunakan Hugo, ada kalanya kita mahu mengaksesnya melalui domain tempatan seperti https://blog-hugo.loc
dan pada masa yang sama menikmati ciri LiveReload
secara automatik.
Catatan ini menunjukkan cara:
- Mengkonfigurasi
Nginx
sebagai proksi songsang (reverse proxy) untuk pelayan pembangunanHugo
, - Mengaktifkan sokongan
WebSocket
untukLiveReload
, - Menjalankan
Hugo
dengan parameter sesuai agar kena dengan penggunaan proksiHTTPS
.
Nginx sebagai Proksi Songsang untuk Pelbagai Backend
Arch Linux
--- title: Aliran Trafik daripada Nginx ke 'Backend' --- flowchart TD A(["NGINX<br>(Reverse Proxy)"]) A --> B{"BACKEND"} B --> C["Apache<br>(PHP-FPM)"] B --> D["Flask<br>(Gunicorn)"] B --> E["Laravel<br>(PHP-FPM)"]
Dalam pembangunan perisian moden, kita jarang bergantung kepada satu teknologi sahaja. Saya sediakan catatan ini bagi memaparkan bagaimana Nginx
boleh digunakan sebagai proksi songsang untuk menyatukan pelbagai pelayan latar; Apache
, Flask
(melalui Gunicorn
), dan Laravel
(melalui PHP-FPM
), dalam satu mesin pembangunan berasaskan Arch Linux
.
Sebelum melangkah lebih jauh, pastikan anda telah menyediakan konfigurasi asas seperti yang diterangkan dalam catatan saya terdahulu: Konfigurasi LEMP dalam Arch Linux.