Aplikasi GUI untuk libvirt
Saya sudah mencuba untuk Windows 10 juga. Sama sahaja caranya. Tiada yang berubah. Perbezaan disedari hanya terdapat pada User Interface sahaja [tidak terhad kepada penampilan (appearance) dan penetapan (settings)]. Amaran SPOILER ❗ Saya lebih menggemari cara manual melalui QEMU/KVM berbanding cara ini. Telah ada penulisan saya yang menunjukkan caranya di pautan berikut; Pemasangan VM Windows 10 (Manual). Dapatan saya:- Kualiti prestasi dengannya adalah lebih cemerlang. Juga boleh akses Spice Client demi memperolehi kemudahan menyalin (Clipboard; copy & paste) di antara kedua-dua sistem hos dan tetamu.