bersama catatan peribadi & teknikalnya.

#sign

Kunci GnuPG (GPG)
Tandatangan dan Penyulitan Digital

Pembelajaran seterusnya; berkaitan tajuk di atas. Pelajaran dan perkara baru bagi saya, sebab ada ternampak orang lain sediakan kunci PGP miliknya. Tertanya-tanya juga, apa ke bendanyalah kunci PGP ini, ya? Archwiki pun menjadi rujukan. Menurut [1] Archwiki yang mengambil petikan dari [2] laman web rasmi GnuPG:- GnuPG ialah pelaksanaan penuh dan percuma bagi standard OpenPGP sebagaimana ditakrifkan oleh RFC4880 (juga dikenali sebagai PGP). GnuPG membenarkan anda untuk menyulitkan dan menandatangani data serta komunikasi anda; ia dibangunkan dengan ciri-ciri sebuah sistem pengurusan kunci yang serba boleh berserta modul-modul akses bagi semua jenis direktori kunci awam.

Top