#record

Rakam Paparan Muka Bersama Audio
Berguna Untuk Video Tutorial

Sebelum ini saya pernah menulis di bahagian nota rawak tentang cara yang boleh digunakan untuk merakam pergerakan pada paparan antara muka yakni ‘desktop’ dalam istilah Inggerisnya. Seingat saya, nota berkenaan ditulis lima bulan yang lalu dan hari ini, sewaktu saya mencuba kembali merakam paparan antara muka ini (bersama audio didayakan) untuk melihat sama ada cara yang disediakan masih relevan atau tidak, keputusan tidak baik yang saya terima. Baik menggunakan recordmydesktop dengan mengaktifkan jack2 ataupun jack2-dbus (hanya salah satu boleh digunakan dalam satu masa) mahupun dengan menjalankan ffmpeg bersama tetapan alsa, kedua-duanya tidak mendatangkan hasil langsung.

Top