Nginx sebagai Proksi Songsang untuk Pelbagai Backend
Arch Linux
---
title: Aliran Trafik daripada Nginx ke 'Backend'
---
flowchart TD
A(["NGINX<br>(Reverse Proxy)"])
A --> B{"BACKEND"}
B --> C["Apache<br>(PHP-FPM)"]
B --> D["Flask<br>(Gunicorn)"]
B --> E["Laravel<br>(PHP-FPM)"]
Dalam pembangunan perisian moden, kita jarang bergantung kepada satu teknologi sahaja. Saya sediakan catatan ini bagi memaparkan bagaimana Nginx boleh digunakan sebagai proksi songsang untuk menyatukan pelbagai pelayan latar; Apache, Flask (melalui Gunicorn), dan Laravel (melalui PHP-FPM), dalam satu mesin pembangunan berasaskan Arch Linux.
Sebelum melangkah lebih jauh, pastikan anda telah menyediakan konfigurasi asas seperti yang diterangkan dalam catatan saya terdahulu: Konfigurasi LEMP dalam Arch Linux.
Konfigurasi LEMP dalam Arch Linux
Berpandukan ArchWiki
Assalamu’alaikum.
LEMP dalam catatan ini merangkumi empat komponen berikut:
- L =
Linuxsebagai sistem operasi dan distro utama pembangunan web ; - E =
nginxsebagai pelayan (server) web HTTP ; - M =
MariaDBsebagai pelayan pangkalan data ; & - P =
PHPsebagai bahasa skrip yang digunakan dalam pembangunan laman web dinamik.
MySQL, manakala "P" boleh merujuk kepada bahasa lain seperti Python atau Perl dalam konteks tertentu.Penulisan ini menghimpunkan konfigurasi tiga komponen penting dalam pembangunan aplikasi web dinamik (juga dikenali sebagai “back-end development”), iaitu Nginx, PHP dan MariaDB.
