bersama catatan peribadi & teknikalnya.

#Personallife

SSH Oh SSH!
Baru Kutahu

Ya Allah…! Belumlah terlambat sangat jua tahu bahawa betapa mudahnya beroleh kemudahan berkongsi fail dari satu server ke satu server yang lain. Guna SSH connection sahaja, tuan-tuan dan puan-puan sekalian! Selama ini duk set up SSH hanya untuk aplikasi Git sahaja. Rupa-rupanya kalau set up server SSH di laptop saya sebagai Remote System, maka akan selesailah isu perkongsian fail dari mana-mana peranti di dalam rumah ini, termasuklah dari mesin maya (Virtual Machine) juga.

Pengasingan Sampah di Rumah Kami Syurga Kami
A Small but Worthy Project We Are Trying to Fulfill

Di lewat malam ke-15 Ramadhan ini, seperti yang tertera pada tajuk di atas, tiba-tiba datang mood mahu menulis tentang proses pengasingan sampah yang kami usahakan di Rumah Kami Syurga Kami. Suka saya maklumkan bahawa sebelum ini, usaha ini hanya dibuat oleh saya seorang. Suami memang tidak menunjukkan minat untuk membantu sama dalam hal ini. Tetapi sejak sebulan yang lepas, wujud rasa bangga apabila melihat beliau sendiri bersetuju untuk turut sama terlibat dalam menjayakan projek pengasingan sampah di rumah kecil keluarga kami empat beranak ini.

Diya dan Gigi
Permata Hati Ibu

‘Ibu’ has been having a fever, has not felt energetic at all so Diya has had a great time exploring everything that she could see in this home. She would place things that she found interesting onto my palm and wait patiently to be entertained by me. I would basically analyze what things she had given me before deciding whether or not she was going to be granted what she wanted.

Thank You, Allah
Cerita Lama

Jumaat berlalu pergi dengan pelbagai kenangan yang takkan dilupa. Perasaan bercampur aduk. Seronok, lega, cuak, panik, geram, malu, macam-macamlah. Huh! Tapi itu semua memberi aku pengalaman yang bernilai. Masa 3 jam yang terbazir ketika menunggu waktu berlepas aku rasakan terlalu lama. Sungguh aku penat. Otak terasa berat. Untuk menghilangkan rasa bosan menunggu berseorangan, aku baca buku yang aku beli di LCCT. Buku itu sekejap aku selak dan baca sekejap aku tutup.

Coretan Kosong Seorang Penganggur
Cerita Lama

Sudah hampir dua bulan aku menganggur. Sepanjang dua bulan ini ada beberapa temuduga yang telah aku hadiri. Tidaklah banyak dan keputusan daripada salah satu temuduga-temuduga yang aku hadiri memberikan aku peluang untuk turut serta melibatkan diri dalam ’training’ selama lima hari yang dinamakan ‘Chacacter and Attitude Training’ (CATT). Usai latihan ini aku menunggu panggilan daripada syarikat yang dikatakan akan membuat panggilan untuk ditemuduga tetapi masih tiada panggilan yang diterima. Ahad lepas aku menghadiri sesi temuduga santai yang diadakan di Starbucks.

Top