Konfigurasi Niri (Kompositor Wayland)
Arch Linux
Pemasangan
Pasang kompositor niri bersama pengurus sesi uwsm.
bashsudo pacman -S niri uwsm Kenapa uwsm (Universal Wayland Session Manager)?
Penggunaan uwsm sangat disyorkan kerana ia bertindak sebagai pengurus yang menyepadukan sesi Wayland dengan unit systemd. Melaluinya, pemboleh ubah persekitaran (environment variables) diuruskan dengan lebih teratur, dan kitaran hayat aplikasi grafik (seperti memulakan dan menghentikan waybar atau swayidle) dapat ditangani sepenuhnya oleh systemd tanpa memerlukan skrip autostart yang kompleks.
Beralih ke Wayland: Tetapan Pelayan RDP
Arch Linux
Kedua-dua komputer riba, milik saya dan anak-anak mula mengadaptasi Wayland sebagai protokol pelayan paparan. Saya mencari-cari pengganti kepada TigerVNC, supaya dapat saya akses desktop jauh komputer riba anak-anak saya ini, setidak-tidaknya dengan permasalahan dan ralat yang minima.
Laptop saya hanya menggunakan kompositor niri, manakala untuk peranti anak, saya pasangkan desktop plasma. Selepas membuat beberapa carian, mencuba pelbagai aplikasi dan kaedah, saya putuskan untuk mengimplimentasikan protokol yang saya bincangkan selanjutnya di sini.
Tentang Blog & Penulis
Linux dan perisian sumber terbuka, Virtual Machine, serta Typesetting system.Full Stack DevelopmentAnalisis Data
Sumber dari Wallpaper Cave.