Menghubungkan Hugo dengan Nginx dan LiveReload
Konfigurasi Nginx sebagai proksi songsang

Dalam proses pembangunan laman statik menggunakan Hugo, ada kalanya kita mahu mengaksesnya melalui domain tempatan seperti https://blog-hugo.loc dan pada masa yang sama menikmati ciri LiveReload secara automatik.
Catatan ini menunjukkan cara:
- Mengkonfigurasi
Nginxsebagai proksi songsang (reverse proxy) untuk pelayan pembangunanHugo, - Mengaktifkan sokongan
WebSocketuntukLiveReload, - Menjalankan
Hugodengan parameter sesuai agar kena dengan penggunaan proksiHTTPS.
Jana Sijil HTTPS untuk Domain yang Berasaskan 'localhost'
Panduan ini diadaptasi daripada “How to create an HTTPS certificate for localhost domains”, bertujuan mengaktifkan sokongan HTTPS pada domain yang menghala ke alamat IP 127.0.0.1, iaitu localhost, audio.loc dan laravel.loc.
Semua fail berkaitan pensijilan ini disimpan dalam satu direktori khas: /etc/nginx/ssl.
Persediaan Direktori
- Cipta direktori dan tukar ke dalamnya:
bashmkdir -p /etc/nginx/ssl && cd /etc/nginx/ssl
Sijil Akar (Root CA)
Jana sijil akar (Root CA) yang ditandatangani sendiri:
Nginx sebagai Proksi Songsang untuk Pelbagai Backend
Arch Linux
---
title: Aliran Trafik daripada Nginx ke 'Backend'
---
flowchart TD
A(["NGINX<br>(Reverse Proxy)"])
A --> B{"BACKEND"}
B --> C["Apache<br>(PHP-FPM)"]
B --> D["Flask<br>(Gunicorn)"]
B --> E["Laravel<br>(PHP-FPM)"]
Dalam pembangunan perisian moden, kita jarang bergantung kepada satu teknologi sahaja. Saya sediakan catatan ini bagi memaparkan bagaimana Nginx boleh digunakan sebagai proksi songsang untuk menyatukan pelbagai pelayan latar; Apache, Flask (melalui Gunicorn), dan Laravel (melalui PHP-FPM), dalam satu mesin pembangunan berasaskan Arch Linux.
Sebelum melangkah lebih jauh, pastikan anda telah menyediakan konfigurasi asas seperti yang diterangkan dalam catatan saya terdahulu: Konfigurasi LEMP dalam Arch Linux.
Konfigurasi LEMP dalam Arch Linux
Berpandukan ArchWiki
Assalamu’alaikum.
LEMP dalam catatan ini merangkumi empat komponen berikut:
- L =
Linuxsebagai sistem operasi dan distro utama pembangunan web ; - E =
nginxsebagai pelayan (server) web HTTP ; - M =
MariaDBsebagai pelayan pangkalan data ; & - P =
PHPsebagai bahasa skrip yang digunakan dalam pembangunan laman web dinamik.
MySQL, manakala "P" boleh merujuk kepada bahasa lain seperti Python atau Perl dalam konteks tertentu.Penulisan ini menghimpunkan konfigurasi tiga komponen penting dalam pembangunan aplikasi web dinamik (juga dikenali sebagai “back-end development”), iaitu Nginx, PHP dan MariaDB.
