bersama catatan peribadi & teknikalnya.

#Metapost

Melukis Jalur Gemilang dengan CONTEXT LMTX
MetaFun / MetaPost

Terdapat dua versi yang saya sediakan. Saya ada menghantar e-mel kepada Jabatan Penerangan Malaysia di awal minggu kedua bulan Oktober ini bertanyakan versi manakah yang lebih tepat berdasarkan lakaran yang pernah mereka terbitkan, namun tiada sebarang jawapan yang diterima buat masa ini melainkan hanya pengesahan bahawa mereka telah menerima e-mel itu dan telah memajukannya kepada pihak yang berkenaan. Lakaran yang diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia edisi 2020. Unjuran yang saya gunakan adalah bersaiz 1cm per unit yang dikecilkan skalanya kepada 75% untuk memuatkan lukisan ke dalam kertas bersaiz A4.

MetaFun Dalam CONTEXT LMTX
Pelajaran 1: Penampan Grafik (Graphic Buffers)

'السلام عليكم' Saya akan sentuh berkenaan Graphic buffers dalam siaran kali ini. Apa kegunaan penampan grafik ini? Ianya sangat berguna dalam penyediaan sebuah dokumentasi kerana kod-kodnya boleh digunakan untuk dua benda; paparan kod dan juga hasil grafiknya. Coretan kod (code snippet) ini diletakkan di dalam penampan (buffer), dan ia boleh diulangguna kemudiannya. Terdapat tiga kod arahan yang boleh digunakan setelah menyediakan coretan kod dalam penampan ini iaitu \typebuffer, \getbuffer dan juga \processMPbuffer.

Melukis Grafik Dengan ConTeXt
~ MetaFun (MetaPost)

Sejak PdPR bermula, ada sebahagian masa ibu terfikir-fikir apa yang boleh ibu buat dalam menyediakan bahan bantu untuk ibu ajarkan sendiri kepada Kak Long, terutamanya apabila melibatkan subjek Matematik. Dengan silibus yang semakin meningkat serta melebihi keupayaan seorang kanak-kanak normal dan biasa, kenalah juga ibu kreatif dalam memberikan penerangan. Yalah, dalam keadaan pandemik sekarang, ibu bapalah yang berperanan dalam mendidik anak-anaknya. Sebagai contoh, perbundaran kepada puluh terdekat sudah diperkenalkan kepada anak-anak tahun satu.

Top