Terdapat dua versi yang saya sediakan. Saya ada menghantar e-mel kepada Jabatan Penerangan Malaysia
di awal minggu kedua bulan Oktober ini bertanyakan versi manakah yang lebih tepat berdasarkan lakaran yang pernah mereka terbitkan, namun tiada sebarang jawapan yang diterima buat masa ini melainkan hanya pengesahan bahawa mereka telah menerima e-mel itu dan telah memajukannya kepada pihak yang berkenaan.
'السلام عليكم'
Saya akan sentuh berkenaan Graphic buffers
dalam siaran kali ini.
Apa kegunaan penampan grafik ini? Ianya sangat berguna dalam penyediaan sebuah dokumentasi kerana kod-kodnya boleh digunakan untuk dua benda; paparan kod dan juga hasil grafiknya.
Coretan kod (code snippet) ini diletakkan di dalam penampan
(buffer), dan ia boleh diulangguna kemudiannya.
Terdapat tiga kod arahan yang boleh digunakan setelah menyediakan coretan kod dalam penampan
ini iaitu \typebuffer
, \getbuffer
dan juga \processMPbuffer
.
Sejak PdPR bermula, ada sebahagian masa ibu terfikir-fikir apa yang boleh ibu buat dalam menyediakan bahan bantu untuk ibu ajarkan sendiri kepada Kak Long, terutamanya apabila melibatkan subjek Matematik.
Dengan silibus yang semakin meningkat serta melebihi keupayaan seorang kanak-kanak normal dan biasa, kenalah juga ibu kreatif dalam memberikan penerangan. Yalah, dalam keadaan pandemik sekarang, ibu bapalah yang berperanan dalam mendidik anak-anaknya.
Sebagai contoh, perbundaran kepada puluh terdekat sudah diperkenalkan kepada anak-anak tahun satu. Susah juga untuk ibu terangkan kepada Kak Long apa logiknya disebalik mengetahui perbundaran dalam usia 7 tahun ini.