bersama catatan peribadi & teknikalnya.

#Lowriter

Reka Jam dan Cetak untuk Anak
dengan perisian LibreOffice Writer

Ada masa lapang, bolehlah sediakan sedikit bahan ilmiah untuk bantu anak belajar di rumah. Saya reka jam bulat yang dicetak di atas kertas A4 untuk memperkenalkan fungsi jam kepada anak sulong saya ini. Dia mula bersekolah di sekolah kebangsaan bagi darjah satu pada tahun 2021 ini. Perkenalkan secara santai sahaja. Biar dia seronok belajar. Bukan dengan paksaan apatah lagi kekerasan. Begini gambar jamnya. Lengkap dengan nombor jam di bahagian dalam dan nombor minit di bahagian luar.

Top