Konfigurasi Libvirt Selamat dengan TLS dan Pengesahan Kerberos melalui SASL

Percubaan saya dengan libvirt pada mulanya tidaklah serius. Hanya ingin mengenali asas pengurusan mesin maya menerusi virt-install dan virsh, sambil-sambil membaca dokumentasi yang ditemui di Internet. Namun begitu, semakin lama saya mencuba, semakin tertarik saya kepada aspek keselamatan dan pengesahan sambungan klien dalam libvirt, sesuatu yang sebelum ini saya abaikan kerana berasakan tidak perlu.
Rujukan seperti ArchWiki hanya memperkenalkan topik autentikasi ini secara sepintas lalu, dengan pautan kepada dokumentasi rasmi: libvirt: Connection authentication. Dari sinilah saya mula menyelami secara lebih serius kaedah-kaedah autentikasi yang disokong oleh libvirt.
