#Kidlogger

Saya amat mengimpikan keupayaan menghalang secara langsung interaksi anak-anak dengan dunia hiburan seperti YouTube Kids yang membuatkan mereka menatap sebuah kotak / bingkai kecil bernama skrin. Ah, gagal! Ibarat peribahasa, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, anak-anak terdedah jua dengan skrin ini apabila berada di rumah. Peribahasa ini pula mudah dipatahkan dengan hujah bahawa pandemik Covid memaksa mereka untuk belajar menggunakan peranti digital selama hampir dua tahun sebelum ini.

Tentang Hamba

Seorang isteri dan ibu yang mempunyai minat mendalam terhadap Linux, Full Stack Development dan Data Analytics. Beliau juga memiliki bakat terpendam dalam bidang nyanyian (nasyid khususnya).