#Kerberos

Integrasi GSSAPI melalui Kerberos serta TLS

  
  ---
title: Seni Bina Integrasi OpenLDAP + Kerberos GSSAPI + TLS
---
flowchart BT
  subgraph Client["Klien"]
        A["kinit: Dapatkan tiket Kerberos"]
        B["ldapadd / ldapsearch<br>guna SASL GSSAPI"]
  end
  subgraph Network["Rangkaian"]
        TLS["Saluran TLS<br>SSL/TLS encryption"]
  end
  subgraph LDAP_Server["Pelayan OpenLDAP"]
        C["slapd: Konfigurasi TLS<br>dan SASL GSSAPI"]
        D["Keytab Kerberos<br>ldap.keytab"]
        E["ACL: Kawalan akses"]
        DB[("Pangkalan Data LDAP")]
  end
  subgraph KDC["Kerberos KDC"]
        F["Prinsipal ldap/hostname"]
        G["Pengeluaran tiket TGT & tiket servis"]
  end
    A -- Meminta TGT --> F
    F -- Mengeluarkan TGT --> A
    B -- Meminta tiket servis untuk LDAP --> G
    G -- Memberi tiket servis --> B
    B --> TLS
    TLS --> C
    C -- Sahkan tiket GSSAPI --> D
    C -- Periksa hak akses --> E
    E --> DB

OpenLDAP ialah perisian sumber terbuka yang menyediakan implementasi protokol Lightweight Directory Access Protocol (LDAP) untuk menyimpan dan mengurus data direktori secara terpusat, seperti maklumat pengguna, kumpulan, dan konfigurasi rangkaian.

Percubaan saya dengan libvirt pada mulanya tidaklah serius. Hanya ingin mengenali asas pengurusan mesin maya menerusi virt-install dan virsh, sambil-sambil membaca dokumentasi yang ditemui di Internet. Namun begitu, semakin lama saya mencuba, semakin tertarik saya kepada aspek keselamatan dan pengesahan sambungan klien dalam libvirt, sesuatu yang sebelum ini saya abaikan kerana berasakan tidak perlu.

Rujukan seperti ArchWiki hanya memperkenalkan topik autentikasi ini secara sepintas lalu, dengan pautan kepada dokumentasi rasmi: libvirt: Connection authentication. Dari sinilah saya mula menyelami secara lebih serius kaedah-kaedah autentikasi yang disokong oleh libvirt.

Pelayan & Klien (sambungan dalaman) dalam VM Fedora

Saya melaburkan masa yang agak lama untuk menghadam kegunaan protokol Kerberos menerusi banyaknya sesi percubaan yang mengecewakan. Setelah menempuh bersiri-siri episod kehampaan, kali ini terbayar juga sekian jumlah sumbangan tenaga yang agak melelahkan itu.

Penjelasan yang tuntas mengenai kaedah pengesahan dengan Kerberos ini boleh diperolehi dari YouTube, Kerberos Authentication Explained | A deep dive.

Sungguh! Prosesnya begitu rumit, sementelah betapa sebelum ini banyak kekeliruan yang saya alami dek kurangnya kemahiran dan kefahaman tentang perbezaan antara domain dan REALM, juga dalam bab menguruskan domain.

Tentang Blog & Penulis

Topik perbincangan dalam blog ini merangkumi Linux dan perisian sumber terbuka, Virtual Machine, serta Typesetting system.
Fokus semasa: Full Stack Development
Minat sampingan: Analisis Data
Bakat tersembunyi hamba: Menyanyi dan melukis.

Sumber dari Wallpaper Cave.