#Gpg

Tandatangan dan Penyulitan Digital

Pembelajaran seterusnya; berkaitan tajuk di atas.

Pelajaran dan perkara baru bagi saya, sebab ada ternampak orang lain sediakan kunci PGP miliknya. Tertanya-tanya juga, apa ke bendanyalah kunci PGP ini, ya?

Archwiki pun menjadi rujukan. Menurut [1] Archwiki yang mengambil petikan dari [2] laman web rasmi GnuPG:-

GnuPG ialah pelaksanaan penuh dan percuma bagi standard OpenPGP sebagaimana ditakrifkan oleh RFC4880 (juga dikenali sebagai PGP). GnuPG membenarkan anda untuk menyulitkan dan menandatangani data serta komunikasi anda; ia dibangunkan dengan ciri-ciri sebuah sistem pengurusan kunci yang serba boleh berserta modul-modul akses bagi semua jenis direktori kunci awam. GnuPG, juga dikenali sebagai GPG, ialah sebuah alat perintah baris dengan ciri-ciri yang memudahkan integrasi dengan aplikasi lain. Banyak aplikasi frontend dan libraries yang tersedia. GnuPG juga menyediakan sokongan untuk S/MIME dan Secure Shell (ssh).

Tentang Blog & Penulis

Topik perbincangan dalam blog ini merangkumi Linux dan perisian sumber terbuka, Virtual Machine, serta Typesetting system.
Fokus semasa: Full Stack Development
Minat sampingan: Analisis Data
Bakat tersembunyi hamba: Menyanyi dan melukis.

Sumber dari Wallpaper Cave.