#duplex-printing

Cara Menjalankan Cetakan Duplex dari Sistem Linux
Untuk peranti-peranti yang tidak disokong kemudahan ini oleh perisian rasmi

Setelah membuat konfigurasi untuk membenarkan proses pencetakan dilakukan dari sistem Arch Linux saya, saya perasan akan satu hal. hplip membataskan kebolehan mencetak depan dan belakang untuk peranti pencetak HP model LaserJet Professional P1102 milik suami saya. Aduh, resah jugalah saya kerana hal ini penting demi memastikan penjimatan penggunaan kertas dapat dioptimumkan. Setelah melakukan beberapa pencarian Google, saya simpulkan ada dua kaedah untuk membuat cetakan depan dan belakang. Kedua-dua kaedah ini saya anggap kaedah manual, cuma cara kedua mungkin kurang sedikit langkah yang diperlukan berbanding cara pertama.

Top