Untuk peranti-peranti yang tidak disokong kemudahan ini oleh perisian rasmi
Setelah membuat konfigurasi untuk membenarkan proses pencetakan dilakukan dari sistem Arch Linux saya, saya perasan akan satu hal. hplip
membataskan kebolehan mencetak depan dan belakang untuk peranti pencetak HP model LaserJet Professional P1102 milik suami saya.
Aduh, resah jugalah saya kerana hal ini penting demi memastikan penjimatan penggunaan kertas dapat dioptimumkan.
Setelah melakukan beberapa pencarian Google, saya simpulkan ada dua kaedah untuk membuat cetakan depan dan belakang. Kedua-dua kaedah ini saya anggap kaedah manual, cuma cara kedua mungkin kurang sedikit langkah yang diperlukan berbanding cara pertama.