bersama catatan peribadi & teknikalnya.

#context

Melukis Jalur Gemilang dengan ConTeXt LMTX
MetaFun / MetaPost

Terdapat dua versi yang saya sediakan. Saya ada menghantar e-mel kepada Jabatan Penerangan Malaysia di awal minggu kedua bulan Oktober ini bertanyakan versi manakah yang sebenarnya lebih tepat berdasarkan lakaran yang pernah mereka terbitkan, namun tiada sebarang jawapan yang diterima buat masa ini melainkan hanya pengesahan bahawa mereka telah menerima e-mel itu dan telah memajukannya kepada pihak yang berkenaan. Bintang pecah empat belas dilukis menggunakan Persamaan Parametrik untuk bulatan. Datanya ada saya sediakan dalam siaran blog terdahulu.

MetaFun Dalam ConTeXt LMTX
Pelajaran 1: Penampan Grafik (Graphic Buffers)

'السلام عليكم' Saya akan sentuh berkenaan Graphic buffers dalam siaran kali ini. Apa kegunaan penampan grafik ini? Ianya sangat berguna dalam penyediaan sebuah dokumentasi kerana kod-kodnya boleh digunakan untuk dua benda; paparan kod dan juga hasil grafiknya. Coretan kod (code snippet) ini diletakkan di dalam penampan (buffer), dan ia boleh diulangguna kemudiannya. Terdapat tiga kod arahan yang boleh digunakan setelah menyediakan coretan kod dalam penampan ini iaitu \typebuffer, \getbuffer dan juga \processMPbuffer.

Melukis Grafik Dengan ConTeXt
~ MetaFun (MetaPost)

Sejak PdPR bermula, ada sebahagian masa ibu terfikir-fikir apa yang boleh ibu buat dalam menyediakan bahan bantu untuk ibu ajarkan sendiri kepada Kak Long, terutamanya apabila melibatkan subjek Matematik. Dengan silibus yang semakin meningkat serta melebihi keupayaan seorang kanak-kanak normal dan biasa, kenalah juga ibu kreatif dalam memberikan penerangan. Yalah, dalam keadaan pandemik sekarang, ibu bapalah yang berperanan dalam mendidik anak-anaknya. Sebagai contoh, perbundaran kepada puluh terdekat sudah diperkenalkan kepada anak-anak tahun satu.

Perkembangan Terbaru ConTeXt
Enjin LUAMETATEX

PRAGMA ADE mengumumkan dan sudah pun mengeluarkan enjin terbaru bagi ConTeXt yang dinamakan sebagai LUAMETATEX. LuaMetaTEX ini terkandung di dalam versi ConTeXt yang baru bernama LMTX. Memetik pengenalan mengenai LuaMetaTEX melalui pautan LuaMetaTEX Reference Manual yang tidak akan saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu ini, (Perenggan ke-2) "... we could move on with a follow up tagged MetaTEX, a name we already had in mind for a while, but as Lua is an important component, it got expanded to LuaMetaTEX.

Menaip Markdown dengan ConTeXt
Dokumentasi Pembelajaran: Suatu Penghargaan kepada Dave Jarvis

Telah lebih dari satu tahun berlalu semenjak saya dihubungi oleh Dave Jarvis melalui emel. Beliau memperkenalkan kepada saya blog beliau yang memuatkan penerangan teknikal untuk menaip Markdown dengan ConTeXt, bersama-sama dengan bahasa pengaturcaraan R. Jadi di sinilah saya, merekodkan perjalanan ini sebagai menghargai usaha beliau dalam menyediakan sesuatu yang amat bermanfaat dan hebat ini. Bahagian 1 Di bahagian pertama dokumentasi beliau, beliau menerangkan bahawa skrip bash adalah salah satu alat untuk menjalankan perisian ini.

Makefile for ConTeXt

# An example Makefile to compile a context file # The first rule in a Makefile is the one executed by default ("make"). It should always be the "all" rule, so that "make" and "make all" are identical. all: *.pdf .PRECIOUS: *.pdf *.pdf: *.tex context *.tex view: zathura *.pdf # The .PHONY rule keeps make from processing a file named "watch" or "clean". .PHONY: clean cleanall clean: rm *.aux *.

Mengautomasi Penyusunan Dokumen ConTeXt
dari Vim

Seperti yang dijanjikan, di dalam tulisan kali ini saya bincangkan cara untuk menyusun dokumen ConTeXt dengan menggunakan aplikasi penyunting fail kegemaran saya, Vim dan juga pembaca pdf Zathura. Tetapi sebelum itu, kita mulakan dengan langkah pertamalah ya? Iaitu: PEMASANGAN Dengan memasang [texlive-most], perisian ConTeXt sememangnya sudah termasuk di dalam kumpulan pakej berkenaan. MENGKOMPILASI FAIL CONTEXT Baik, sekarang kita terus kepada cara mengkompilasi dokumen yang dihasilkan melalui ConTeXt. Perlu difahami dahulu, bahawa terdapat dua program untuk menjalankan ConTeXt; Mark II (MkII) dan Mark IV (MkIV).

ConTeXt vs LaTeX
Sebuah perbandingan

Saya pernah menyebut di dalam salah sebuah status saya sebelum ini bahawa saya akan mencari masa terluang untuk belajar ConTeXt pula selepas LaTeX. Ada masa terluang sikit-sikit, saya belajar walaupun banyak juga tergaru-garu dan berkerut-kerut kening tambah-tambah lagi selalu hilang tumpuan kerana anak-anak perlulah dilayan juga. Jadi di dalam penulisan kali ini, saya akan tunjukkan serba sedikit perbezaan di antara keduanya. Saya gunakan table dalam penghasilan dokumen melalui LaTeX dan ConTeXt ini.

Top