#Context

MetaFun / MetaPost

Terdapat dua versi yang saya sediakan. Saya ada menghantar e-mel kepada Jabatan Penerangan Malaysia di awal minggu kedua bulan Oktober ini bertanyakan versi manakah yang lebih tepat berdasarkan lakaran yang pernah mereka terbitkan, namun tiada sebarang jawapan yang diterima buat masa ini melainkan hanya pengesahan bahawa mereka telah menerima e-mel itu dan telah memajukannya kepada pihak yang berkenaan.

Pelajaran 1: Penampan Grafik (Graphic Buffers)

'السلام عليكم'

Saya akan sentuh berkenaan Graphic buffers dalam siaran kali ini.

Apa kegunaan penampan grafik ini? Ianya sangat berguna dalam penyediaan sebuah dokumentasi kerana kod-kodnya boleh digunakan untuk dua benda; paparan kod dan juga hasil grafiknya.

Coretan kod (code snippet) ini diletakkan di dalam penampan (buffer), dan ia boleh diulangguna kemudiannya.

Terdapat tiga kod arahan yang boleh digunakan setelah menyediakan coretan kod dalam penampan ini iaitu \typebuffer, \getbuffer dan juga \processMPbuffer.

~ MetaFun (MetaPost)

Sejak PdPR bermula, ada sebahagian masa ibu terfikir-fikir apa yang boleh ibu buat dalam menyediakan bahan bantu untuk ibu ajarkan sendiri kepada Kak Long, terutamanya apabila melibatkan subjek Matematik.

Dengan silibus yang semakin meningkat serta melebihi keupayaan seorang kanak-kanak normal dan biasa, kenalah juga ibu kreatif dalam memberikan penerangan. Yalah, dalam keadaan pandemik sekarang, ibu bapalah yang berperanan dalam mendidik anak-anaknya.

Sebagai contoh, perbundaran kepada puluh terdekat sudah diperkenalkan kepada anak-anak tahun satu. Susah juga untuk ibu terangkan kepada Kak Long apa logiknya disebalik mengetahui perbundaran dalam usia 7 tahun ini.

Enjin LUAMETATEX

[PRAGMA ADE] mengumumkan dan sudah pun mengeluarkan enjin terbaru bagi ConTeXt yang dinamakan sebagai LUAMETATEX. LuaMetaTEX ini terkandung di dalam versi ConTeXt yang baru bernama LMTX.

Memetik pengenalan mengenai LuaMetaTEX melalui pautan [LuaMetaTEX Reference Manual] yang tidak akan saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu ini,

(Perenggan ke-2) "... we could move on with a follow up tagged MetaTEX, a name we already had in mind for a while, but as Lua is an important component, it got expanded to LuaMetaTEX. This follow up is a lightweight companion to LuaTEX that will be maintained alongside."
...
(Perenggan ke-3 terakhir) "For ConTEXt users the LuaMetaTEX engine will become the default. As mentioned, the ConTEXt variant for this engine is tagged LMTX. The pair can be used in production, just as with LuaTEX and MkIV. In fact, most users will probably not really notice the difference. In some cases there will be a drop in performance, due to more work being delegated to Lua, but on the average performance is much be better, due to some changes below the hood of the engine. Memory consumption is also less. The timeline of development is roughly: from 2018 upto 2020 engine development, 2019 upto 2021 the stepwise code split between MkIV and LMTX, while in 2021 and 2022 we will (mostly) freeze MkIV and LMTX will be the default."

Via Skrip 'Continuous Integration' oleh Dave Jarvis

Telah lebih dari satu tahun berlalu semenjak saya dihubungi oleh Dave Jarvis melalui emel. Beliau memperkenalkan kepada saya blog beliau yang memuatkan penerangan teknikal untuk menaip Markdown dengan ConTeXt, bersama-sama dengan bahasa pengaturcaraan R.

dari Vim

Seperti yang dijanjikan, di dalam tulisan kali ini saya bincangkan cara untuk menyusun dokumen ConTeXt dengan menggunakan aplikasi penyunting fail kegemaran saya, Vim dan juga pembaca pdf Zathura.

Untuk pemasangan, sila rujuk laman web rasmi [PRAGMA Advanced Document Engineering].

MENGKOMPILASI FAIL CONTEXT

Arahan yang digunakan untuk menyusun fail .tex dan menghasilkan dokumen PDF adalah,

bash
context filename.tex
AUTOMASIKAN PENYUSUNAN DOKUMEN CONTEXT DARI VIM

Jadi, saya teruskan dengan membincangkan cara untuk memudahkan proses mengkompilasi dokumen yang dihasilkan melalui ConTeXt.

Sebuah perbandingan

Saya pernah menyebut di dalam salah sebuah status saya sebelum ini bahawa saya akan mencari masa terluang untuk belajar ConTeXt pula selepas LaTeX. Ada masa terluang sikit-sikit, saya belajar walaupun banyak juga tergaru-garu dan berkerut-kerut kening tambah-tambah lagi selalu hilang tumpuan kerana anak-anak perlulah dilayan juga.

Jadi di dalam penulisan kali ini, saya akan tunjukkan serba sedikit perbezaan di antara keduanya. Saya gunakan table dalam penghasilan dokumen melalui LaTeX dan ConTeXt ini.

Tentang Blog & Penulis

Topik perbincangan dalam blog ini merangkumi Linux & perisian sumber terbuka, Virtual Machine, serta Typesetting system.
Fokus semasa: Full Stack Development
Minat sampingan: Analisis Data
Bakat tersembunyi hamba: Menyanyi dan melukis.

Sumber dari Wallpaper Cave.