bersama catatan peribadi & teknikalnya.

#Ci

Mengautomasi Penyusunan Dokumen ConTeXt: Bahagian 2
Via Skrip 'Continuous Integration' oleh Dave Jarvis

Telah lebih dari satu tahun berlalu semenjak saya dihubungi oleh Dave Jarvis melalui emel. Beliau memperkenalkan kepada saya blog beliau yang memuatkan penerangan teknikal untuk menaip Markdown dengan ConTeXt, bersama-sama dengan bahasa pengaturcaraan R. Jadi di sinilah saya, merekodkan perjalanan ini sebagai menghargai usaha beliau dalam menyediakan sesuatu yang amat bermanfaat dan hebat ini. Dan saya amat berterima kasih kerana dengan skrip ci beliau inilah penyusunan dokumen ConTeXt dapat dijalankan secara automatik tanpa perlu lagi mengetik butang F9 pada papan kekunci yang saya tautkan melalui vim sebelum ini setiap kali ada perubahan dibuat kepada fail ConTeXt.

Top