#Archlinux

QEMU/KVM (Manual)

  • Saya sediakan tulisan ini sebagai nota untuk rujukan saya sendiri.
  • I used the command provided in [my previous post] applicable for Linux (UEFI) to load the Live CD.
  • Walaupun tiada keperluan kerana saya memang sudah menggunakan sistem ini sebagai sistem operasi utama saya, tetapi apa yang saya catatkan ini berguna untuk saya aplikasikan bagi tujuan pemasangan di komputer riba sebagai hos di lain-lain masa. Pun begitu, sekiranya tuan / puan membaca dan menggunakan nota saya ini sebagai rujukan, perlu saya ingatkan bahawa akan ada beberapa perkara yang perlu dilaras mengikut keadaan misalnya sambungan WiFi tidak terpakai dalam VM tetapi ia perlu dikonfigurasi bagi sistem hos.
 Sila pastikan sistem hos sudah bersambung dengan rangkaian Internet.

Berpandukan ArchWiki

Assalamu’alaikum.

Amatur seperti saya ada masa untuk belajar konfigurasi LAMP khusus bagi sistem operasi yang saya gunakan secara rasmi di rumah iaitu Arch Linux, sistem operasi kegemaran saya sepanjang masa.

Jika diikutkan sebelum ini sudah ada belajar sendiri namun hanya separuh jalan. Sempena Perintah Kawalan Pergerakan ini, ada masa untuk timba ilmu dan memang dah lama sangat nak belajar MariaDB serta PHP. Kenapa MariaDB dan PHP? Kenapa tak PostgreSQL atau MongoDB untuk ‘Relational DBMS’ dan tidak Python atau Perl untuk Bahasa Pengaturcaraan?

Dengan pakej CUPS dan hplip

Pengakuan jujur, saya tidak pernah membuat sebarang cetakan dari sistem Linux saya. Inilah kali pertama mencuba.

Phew! Boleh tahan mencabar jugalah. Google sana google sini, bermacam-macam masalah yang dihadapi. Sehingga akhirnya saya berjaya juga membuat cetakan tanpa sebarang ralat dihadapi.

Jadi, untuk tidak terlupa, saya buat entri ini dengan perincian cara-cara yang saya lakukan untuk membolehkan saya mencetak dari sistem Arch Linux saya dengan jayanya.

Baiklah, sebelum mula bersyarah, saya maklumkan jenis pencetak yang saya gunakan di rumah. Pencetak ini milik suami saya. Jenama HP model LaserJet Professional P1102. Hanya boleh membuat cetakan berwarna hitam, tidak boleh membuat salinan atau imbasan seperti pencetak-pencetak ‘semua dalam satu’, hanya boleh digunakan untuk mencetak sahaja.

Penerangan lebih terperinci mengenainya

PENGENALAN

Awalannya, saya fikirkan sudah begitu banyak penulisan berkenaan apa itu LaTeX boleh didapati melalui kajian dan carian di Internet, malahan buku yang menerangkan dengan begitu terperinci akan kegunaannya juga sudah sekian banyak dikeluarkan.

Tetapi kali ini saya fikir tidak mengapalah. Penulisan ini, jikalau saya menulis dengan lebih lanjut tentang ketiga-tiga perisian ini, sudah tentunya saya juga yang akan termanfaat daripadanya di masa akan datang. Selain saya boleh membuat rujukan kembali dengan membaca pos ini, saya juga boleh meneliti untuk menilai sejauh mana perkembangan saya dalam menulis hal-hal keilmuan seperti ini.

Tentang Blog & Penulis

Topik perbincangan dalam blog ini merangkumi Linux & perisian sumber terbuka, Virtual Machine, serta Typesetting system.
Fokus semasa: Full Stack Development
Minat sampingan: Analisis Data
Bakat tersembunyi hamba: Menyanyi dan melukis.