Nginx sebagai Proksi Songsang untuk Pelbagai Backend
Arch Linux
---
title: Aliran Trafik daripada Nginx ke 'Backend'
---
flowchart TD
A(["NGINX<br>(Reverse Proxy)"])
A --> B{"BACKEND"}
B --> C["Apache<br>(PHP-FPM)"]
B --> D["Flask<br>(Gunicorn)"]
B --> E["Laravel<br>(PHP-FPM)"]
Dalam pembangunan perisian moden, kita jarang bergantung kepada satu teknologi sahaja. Saya sediakan catatan ini bagi memaparkan bagaimana Nginx boleh digunakan sebagai proksi songsang untuk menyatukan pelbagai pelayan latar; Apache, Flask (melalui Gunicorn), dan Laravel (melalui PHP-FPM), dalam satu mesin pembangunan berasaskan Arch Linux.
Sebelum melangkah lebih jauh, pastikan anda telah menyediakan konfigurasi asas seperti yang diterangkan dalam catatan saya terdahulu: Konfigurasi LEMP dalam Arch Linux.
