Sumber: Bash Reference Manual

Rujukan Bab 3: Ciri-ciri Asas Shell (Basic Shell Features)
Subtopik 3.2.5.2 Binaan-binaan Bersyarat (Conditional Constructs)


Contoh skrip diberi bagi case :

bash
1
2
3
4
5
6
7
8
9
echo -n "Enter the name of an animal: "
read ANIMAL
echo -n "The $ANIMAL has "
case $ANIMAL in
  horse | dog | cat) echo -n "four";;
  man | kangaroo ) echo -n "two";;
  *) echo -n "an unknown number of";;
esac
echo " legs."
BarisKeterangan
1untuk memasukkan nama haiwan dengan baris ayat di dalam petikan (simbol petikan "" atau koma pembuka terbalik & koma penutup terbalik) ;
2untuk membaca nama haiwan yang dimasukkan dengan pemboleh ubah HAIWAN ;
3untuk cetak pengeluaran pemboleh ubah “$HAIWAN (yang dimasukkan) mempunyai " ;
4binaan bersyarat case bagi pemboleh ubah $HAIWAN bermula;
5senaraikan nama-nama haiwan untuk kes pertama dengan simbol saluran paip <|> (rujuk 3.2.3 Pipelines) sebagai pemisah, tutup senarai dengan penutup kurungan dan cetak pengeluaran ciri “(berkaki) empat” ;
6senarai nama-nama haiwan untuk kes kedua dan cetak pengeluaran ciri “(berkaki) dua” ;
7bagi haiwan selainnya dan cetak pengeluaran ciri “(berkaki) yang tidak diketahui” ;
8tutup binaan bersyarat esac;
9sambung cetakan bagi melengkapkan ayat ciri-ciri haiwan (mempunyai berapa) " kaki” ;

  • Jika masukkan pemboleh ubah ‘kucing’, maka pengeluaran di terminal adalah:-
    The cat has four legs.

  • Jika masukkan pemboleh ubah ‘kanggaru’, maka pengeluaran di terminal adalah:-
    The kangaroo has two legs.

  • Jika masukkan pemboleh ubah selainnya seperti ’lembu’, maka pengeluaran di terminal adalah:-
    The cow has an unknown number of legs.

Kali terakhir dikemaskini:

Tentang Blog & Penulis

Topik perbincangan dalam blog ini merangkumi Linux dan perisian sumber terbuka, Virtual Machine, serta Typesetting system.
Fokus semasa: Full Stack Development
Minat sampingan: Analisis Data
Bakat tersembunyi hamba: Menyanyi dan melukis.

Sumber dari Wallpaper Cave.