Mod Pelbagai Bahasa

Yay, bermula versi 0.87.0, Hugo kini menyokong tetapan lalai bagi Zon Masa (Time Zone)! Hal ini bermaksud, dengan menetapkan bahasa dan zon masa tempatan di dalam fail konfigurasi Hugo, tarikh dan masa siaran dapat dipaparkan dalam bahasa ibunda.

Tak susah pun. Konfigurasi yang diperlukan bagi memaparkan tarikh dan masa untuk siaran-siaran blog dalam Bahasa Melayu adalah:-

config.toml
-----------------------------------
1defaultContentLanguage = "ms"
2timeZone = "Asia/Kuala_Lumpur"

Untuk paparan tarikh dan masa seperti contoh ini,

Sabtu, 14 Ogos 2021, 3:04 PTG

gunakan elemen HTML (time) yang berikut di dalam templat:-

<time>
    {{ .Date | time.Format ":date_full" }}, {{ .Date | time.Format ":time_short" }}
</time>

.Date perlu ditukar kepada .Lastmod untuk paparan tarikh modifikasi atau now untuk mendapatkan tarikh dan masa sekarang.

Sudah tidak perlu bersusah-susah lagi sediakan data dan mengindeksnya ke dalam templat seperti penerangan saya di dalam siaran yang lepas bertajuk “Kemas Kini Blog (Hugo)”.

Buka pautan-pautan disediakan di bawah untuk rujukan lanjut.


Kali terakhir dikemaskini:

Tentang Hamba

Seorang isteri dan ibu yang mempunyai minat mendalam terhadap Linux, Full Stack Development dan Data Analytics. Beliau juga memiliki bakat terpendam dalam bidang nyanyian (nasyid khususnya).