PENGENALAN
Awalannya, saya fikirkan sudah begitu banyak penulisan berkenaan apa itu LaTeX
boleh didapati melalui kajian dan carian di Internet, malahan buku yang menerangkan dengan begitu terperinci akan kegunaannya juga sudah sekian banyak dikeluarkan.
Tetapi kali ini saya fikir tidak mengapalah. Penulisan ini, jikalau saya menulis dengan lebih lanjut tentang ketiga-tiga perisian ini, sudah tentunya saya juga yang akan termanfaat daripadanya di masa akan datang. Selain saya boleh membuat rujukan kembali dengan membaca pos ini, saya juga boleh meneliti untuk menilai sejauh mana perkembangan saya dalam menulis hal-hal keilmuan seperti ini.
Baiklah, tanpa berlengah lagi, saya sentuh dahulu berkenaan LaTeX
. Saya pada asalnya mencari perisian yang boleh digunakan sebagai pengganti kepada Microsoft Word
untuk Linux
, namun akhirnya terjebak dengan bahasa komputer nan satu ini setelah terbaca sebuah komentar yang menyebut, “Sudah pakai Linux
, kenapa pula mahu guna perisian ala-ala Microsoft Office
? LaTeX
kan ada!” Begitulah kata beliau yang tidak pernah saya kenali.
Jadi berbalik kepada topik utama, apa itu LateX
? Hurm, sepertinya boleh baca sendiri saja dari [sini]? Bhahaha! Anyway. Menurut halaman yang pautan-nya sudah saya kongsikan di dalam ayat sebelum ini, LaTeX
, yang cara menyebutnya adalah “Lah-Tek” ataupun “Lei-Tek”, ialah sebuah sistem untuk menyediakan dokumen bagi penataan huruf berkualiti tinggi. Berdasarkan pengamatan saya, sistem ini selalunya digunapakai dalam menyediakan dokumen bersifat teknikal atau saintifik akan tetapi boleh digunakan untuk apa jua jenis penerbitan.
Katanya lagi, LaTeX
bukanlah sejenis pemproses ayat! Sebaliknya, LaTeX
menggalakkan penulis untuk tidak terlalu menumpukan perhatian kepada penampilan dokumen dan hanya fokus ke arah mendapatkan isi yang tepat, WHICH I AGREE, NOT! Lol!
Kenapa saya katakan begini? Kerana melalui kajian dan eksperimen yang saya jalankan sendiri, anda boleh melakukan apa sahaja bentuk penggayaan/seni dengan LaTeX
, mengikut kesukaan anda, tanpa disekat oleh sebarang limitasi! Hebat bunyinya-kan? Nah, kerana itulah saya amat tertarik untuk mempelajari proses menyediakan dokumen melalui sistem LaTeX
ini!
PASANG ‘TEX LIVE’ UNTUK MENGOPERASIKAN LATEX
Untuk menggunakan sistem LaTeX
ini secara tempatan di Arch Linux
(di dalam mana-mana edaran Linux juga boleh), saya ikuti sahaja langkah-langkah pemasangan (texlive-most) sebagaimana yang sudah diterangkan di [archwiki: TeX Live] ini.
Sesudah itu, saya pun belajarlah bagaimana untuk menghasilkan dokumen dengan menggunakan bahasa LaTeX
dan kemudiannya belajar pula untuk mengompilasi fail latex tersebut bagi menjana fail pdf
sebagai terjemahan kepada dokumen itu.
STRUKTUR DOKUMEN LATEX
Saya terangkan serba sedikitlah apa yang perlu ada untuk menjadikan dokumen LaTeX
itu sempurna:-
\documentclass[options]{class}
: Wajib ada di permulaan setiap dokumen LaTeX.[options]
dan {class}
boleh didapati [di sini].\usepackage[options]{package}
: Diperlukan jika mahu menambah penggayaan yang tidak boleh didapati daripada LaTeX asas. Contohnya untuk menambah kotak dengan fungsi warna:-\usepackage[many]{tcolorbox}
\begin{document}
Letakkan teks di ruang ini.
\end{document}
MENGOMPILASI FAIL LATEX
Selesai urusan menyempurnakan dokumen, bolehlah teruskan dengan menyusun fail tersebut untuk dijana menjadi pdf
.
Setakat yang saya faham melalui kajian sendiri, ada tiga jenis penyusun untuk menukar fail latex
ini kepada pdf; pdflatex
, xelatex
dan lualatex
.
Pdflatex
: Sesuai digunakan apabila dokumen tidak mengandungi karakter-karakter yang kompleks seperti yang terdapat di dalam bahasa lain ie. bahasa Korea. Sebahagian pakej pada dokumen LaTeX hanya membenarkan pdflatex
sebagai penyusun, contohnya pakej gaya huruf {times}. Perintah barisnya adalah seperti berikut:-pdflatex sample-resume.tex
Xelatex
dan Lualatex
: Digunakan apabila mengandungi pakej-pakej daripada pihak ketiga seperti penggunaan huruf Arial ataupun penggunaan bahasa lain, sebagai contoh dokumen yang dikeluarkan dalam bahasa Arab atau Jepun. Arahannya adalah seperti berikut:-xelatex sample-resume.tex
lualatex sample-resume.tex
Alhamdulillah. Ada insan yang besar jasanya mencipta ‘plugin’ yang memudahkan untuk proses penyusunan. Saya menggunakan Vim
sebagai penyunting teks yang utama.
Sebelum ini, saya gunakan Neovim
namun atas faktor kestabilan, saya bertukar kembali kepada Vim
. Jadi, di sinilah gunanya Vimtex
, sebuah ‘plugin’ untuk penyunting teks Vim
yang saya maksudkan di atas.
Untuk menggunakan vimtex
ini, perlu adanya satu lagi perisian lain iaitu pembaca pdf
. Ada banyak jenis pembaca pdf
seperti MuPDF dan Zathura. Saya gunakan Zathura
.
Jika sebelum ini saya memasang zathura
dari sumber, sekarang saya memuatnaik dan memasang pembaca pdf ini dari pakej binari yang telah disediakan oleh Arch Linux
sendiri untuk memudahkan proses menaiktaraf perisian.
Kesemua perisian wajib (dependencies) yang perlu ada untuk memastikan perisian zathura
mampu berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah adalah sama kecuali libmupdf
. Pakej libmupdf
diperlukan sekiranya anda memasang zathura dari sumber tetapi jika dipasang melalui pakej binari, maka bolehlah jimat sedikit ruang cakera.
Saya ada sebut di atas bahawa dokumen latex boleh disusun menggunakan pdflatex
, xelatex
atau lualatex
. Perlu diketahui bahawa ada ketikanya kaedah secara manual ini mesti dilakukan berulang kali terutama apabila melibatkan bibliografi
. Saya berikan contoh melalui dua fail di bawah ini; [1] sample.tex dan [2] sample.bib:
\documentclass[a4paper,10pt]{article}
\usepackage[utf8]{inputenc}
\title{Bibliography management: BibTeX}
\author{Share\LaTeX}
\begin{document}
\maketitle
This document is an example of BibTeX using in bibliography management. Three items are cited: \textit{The \LaTeX\ Companion} book \cite{latexcompanion}, the Einstein journal paper \cite{einstein}, and the Donald Knuth's website \cite{knuthwebsite}. The \LaTeX\ related items are \cite{latexcompanion,knuthwebsite}.
\medskip
\bibliographystyle{unsrt}%Used BibTeX style is unsrt
\bibliography{sample}
\end{document}
@article{einstein,
author = "Albert Einstein",
title = "{Zur Elektrodynamik bewegter K{\"o}rper}. ({German})
[{On} the electrodynamics of moving bodies]",
journal = "Annalen der Physik",
volume = "322",
number = "10",
pages = "891--921",
year = "1905",
DOI = "http://dx.doi.org/10.1002/andp.19053221004"
}
@book{latexcompanion,
author = "Michel Goossens and Frank Mittelbach and Alexander Samarin",
title = "The \LaTeX\ Companion",
year = "1993",
publisher = "Addison-Wesley",
address = "Reading, Massachusetts"
}
@misc{knuthwebsite,
author = "Donald Knuth",
title = "Knuth: Computers and Typesetting",
url = "http://www-cs-faculty.stanford.edu/\~{}uno/abcde.html"
}
sample.tex
di atas, ada empat perintah baris yang perlu dijalankan iaitu seperti berikut:-sample.aux
:sample.bbl
:bibtex sample
Baik, di sini kelebihan vimtex
menyerlah. Kerana dengan plugin inilah kerja berulang kali itu dapat dipermudahkan. Terdapat dua jenis pembantu yang boleh digunakan oleh Plugin vimtex
untuk membantu menjalankan kesemua perintah baris di atas secara automatik:-
latexmk
, iaitu sebuah skrip perl
*(inilah yang saya gunakan); ATAUlatexrun
Walaubagaimanapun, ada sedikit kerja tambahan untuk mendapatkan fungsi ini. Sunting / buat baru jika tiada dua fail yang berikutnya; ① dot konfig bagi vim
dan ② dot konfig bagi latexmk
yang saya muatkan dalam hantaran saya yang terdahulu bertajuk, “Vimtex and Zathura” (rujuk ‘Related configuration files’).
Saya kira, cukup sampai di sini sahaja penerangan berkenaan ketiga-tiga perisian ini.
SEMOGA BERMANFAAT. 😄