bersama catatan peribadi & teknikalnya.

SSH Oh SSH!

Baru Kutahu


#personallife

Ya Allah…!

Belumlah terlambat sangat jua tahu bahawa betapa mudahnya beroleh kemudahan berkongsi fail dari satu server ke satu server yang lain.

Guna SSH connection sahaja, tuan-tuan dan puan-puan sekalian!

Selama ini duk set up SSH hanya untuk aplikasi Git sahaja.

Rupa-rupanya kalau set up server SSH di laptop saya sebagai Remote System, maka akan selesailah isu perkongsian fail dari mana-mana peranti di dalam rumah ini, termasuklah dari mesin maya (Virtual Machine) juga.

Boleh pakai baris perintah scp sahaja untuk menyalin fail.

Halah halah halah!

Kelmarin kelmarin dulu, asyik duk bermasalah sahaja hendak hubungkan klien NFS dengan server NFS.

Sentiasa sahaja gagal untuk mulakan servis nfs-server sebab ralat yang dipaparkan katanya ada isu dengan dependencies yang tak mahu jana secara auto. Apa? Dah hang yang entah buat apa dekat sistem hang sampai habis terpadam symlink dari bin ke /usr/sbin! Memandai sangat, kan!

Tahu pun setelah berhempas-pulas susun balik fragmen data yang berterabur semasa kali kedua set up LVM dahulu; lepas tu buat pemindahan data ke partition yang baru. Buat benda ini sebab memang tak ada lebihan cakera keras luaran jadinya terpaksalah belajar susun balik data-data yang berterabur dari LVM tu supaya data tak hilang untuk mula balik buat partition-partition baru.

Selesai pindahkan data yang Alhamdulillah memang selamat itu, bolehlah dengan tenangnya memadam volume yang lama itu untuk diperuntukkan kepada partition baru.

Hah, dekat situlah baru perasan sebab terjadinya masalah tak boleh mulakan servis nfs-server langsung setelah memulakan kembali pemasangan sistem operasi Arch Linux yang fresh di dalam partition LUKS on LVM saya ini.

Apabila selesai isu tersebut, timbul pula masalah connection ditolak setiap kali cubaan dibuat dari klien. Tak tahulah apa lagi punca tercetusnya masalah ini sebab konfigurasi firewall pun sudah dibuat.

Sekonyong-konyong ilham datang iaitu berhubung melalui SSH. Alhamdulillah! Menjadi sangat dia…!

Pendek sahajalah hantaran kali ini. Cara nak set up SSH berlambak disediakan tutorial-nya di dalam dunia Internet. Haa… cari sahajalah!

Ok, bye!

Jika mahu dapatkan kebenaran untuk menulis (writable) bagi direktori / fail yang dikongsi, gunakan SSHFS (juga available di dalam Windows 10). Sekarang untuk perkongsian direktori dan fail, saya berhubung dengan server SSH di Arch saya sahaja dari dalam mana-mana VM termasuk FreeBSD dan Windows. Untuk log masuk tanpa kata laluan, rujuk Log masuk ke dalam Server jauh SSH tanpa kata laluan.

Kali terakhir dikemaskini:
Top