Rakam Paparan Muka Bersama Audio

Berguna Untuk Video Tutorial


geeky stuff
#record | #video | #audio

Sebelum ini saya pernah menulis di bahagian nota rawak tentang cara yang boleh digunakan untuk merakam pergerakan pada paparan antara muka yakni ‘desktop’ dalam istilah Inggerisnya.

Seingat saya, nota berkenaan ditulis lima bulan yang lalu dan hari ini, sewaktu saya mencuba kembali merakam paparan antara muka ini (bersama audio didayakan) untuk melihat sama ada cara yang disediakan masih relevan atau tidak, keputusan tidak baik yang saya terima.

Baik menggunakan recordmydesktop dengan mengaktifkan jack2 ataupun jack2-dbus (hanya salah satu boleh digunakan dalam satu masa) mahupun dengan menjalankan ffmpeg bersama tetapan alsa, kedua-duanya tidak mendatangkan hasil langsung.

Jadi saya mulakan pencarian di google untuk melihat pilihan lain yang ada bagi membolehkan saya merakam suara di komputer riba milik saya ini. Pada ketika ini, saya sudah pun memutuskan bahawa perkara terbaik untuk dilakukan demi memungkinkan tujuan ini adalah dengan mengasingkan rakaman pergerakan paparan antara muka dan rakaman suara. Kemudian, gabungkan kedua-dua rakaman menjadi satu video.

Jadi, aktiviti merekod masih boleh dipilih dengan menjalankan recordmydesktop atau ffmpeg, hanya sahaja rakaman suara akan dibuat dengan cara lain, iaitu dengan menggunakan sox.

Di bawah ini, saya nyatakan cara-cara yang diaplikasikan oleh saya dalam proses merakam suara dan menggabungkan hasilnya bersama rakaman pergerakan pada paparan antara muka untuk menghasilkan satu video:-

  1. Dibantu oleh tutorial ini, saya muat turun dan pasang sox dengan menjalankan baris perintah di bawah ini:-
    sudo pacman -Syu sox
  2. Apabila selesai pemasangan, saya jalankan pula perintah berikut untuk merakam suara:-
    sox -t alsa default audio.wav
  3. Sempurna rakaman suara, saya tekan Ctrl + C untuk memberhentikan proses rakaman.
  4. Sesudah itu, saya gabungkan rakaman paparan antara muka yang ditetapkan dalam bentuk .mp4 (katakan disimpan sebagai video.mp4) dan rakaman suara dengan menjalankan baris perintah yang berikut:-
    ffmpeg -i video.mp4 -i audio.wav \
    -c:v copy -c:a aac -strict experimental \
    -map 00 -map 10 output.mp4

Selesai.



Kali terakhir halaman ini dikemaskini/disemak semula adalah pada .
Top