bersama catatan peribadi & teknikalnya.

Reka Jam dan Cetak untuk Anak

dengan perisian LibreOffice Writer


geeky stuff
#jam | #lowriter

Ada masa lapang, bolehlah sediakan sedikit bahan ilmiah untuk bantu anak belajar di rumah. Saya reka jam bulat yang dicetak di atas kertas A4 untuk memperkenalkan fungsi jam kepada anak sulong saya ini.

Dia mula bersekolah di sekolah kebangsaan bagi darjah satu pada tahun 2021 ini. Perkenalkan secara santai sahaja. Biar dia seronok belajar. Bukan dengan paksaan apatah lagi kekerasan.

Begini gambar jamnya. Lengkap dengan nombor jam di bahagian dalam dan nombor minit di bahagian luar.

Menggunakan perisian LibreOffice Writer, berikut disertakan cara saya mereka jam berkenaan.
(Page Style)
01:
Tetapkan Format > Page Style di tab Page (pilih A4 sebagai Format, mengikut standard kertas untuk cetakan) dan Margins.

(Page Style)
02:
Tetapkan Padding di tab Borders kepada 0 semuanya.

(Frame)
03:
Kemudian, pergi kepada Insert > Frame > Frame untuk mendapatkan paksi / kedudukan tengah dari setiap sudut. Di bahagian Type, set saiz dan posisi seperti berikutnya.

(Frame)
04:
Set di tab Options seperti di bawah.

(Frame)
05:
Set di tab Wrap seperti di bawah. Spacing ditetapkan kepada 0 semuanya.

(Frame)
06:
Tetapkan Padding di tab Borders kepada 0 semuanya.

07:
Beginilah bentuk Frame-nya.

Kita akan mulakan dengan bentuk jam bagi minit dahulu.
CARTA PIE UNTUK MINIT
(Carta Pie untuk Minit)
08:
Insert Chart dan ketik ikon Chart Type untuk tukar jenis carta.

(Carta Pie untuk Minit)
09:
Pilih carta Pie.

(Carta Pie untuk Minit)
10:
Kemudian, ketik ikon Legend On/Off untuk menyembunyikan Legend.

(Carta Pie untuk Minit)
11:
Bersedia untuk edit saiz kawasan luar carta. Right-click berdekatan poin-poin kawasan luar carta seperti imej di bawah, dan pilih Properties.

(Carta Pie untuk Minit: Properties)
12:
Di tab Type, buat tetapan seperti berikut.

(Carta Pie untuk Minit: Properties)
13:
Teruskan dengan settings pada tab Options.

(Carta Pie untuk Minit: Properties)
14:
Seterusnya, set di tab Wrap seperti di bawah. Spacing ditetapkan kepada 0 semuanya.

(Carta Pie untuk Minit: Properties)
15:
Tetapkan Padding di tab Borders kepada 0 semuanya.

(Carta Pie untuk Minit)
16:
Berikut ialah rupa saiz carta Pie yang telah dibesarkan sedikit.

(Carta Pie untuk Minit)
17:
Ketik dua kali pada kawasan carta untuk mendapatkan pemandangan seperti di bawah. Kemudian, right-click berdekatan poin-poin kawasan carta untuk penetapan Position and Size.

(Carta Pie untuk Minit)
18:
Imej di bawah merupakan penetapan Posisi dan Saiz carta yang saya tetapkan.

(Carta Pie untuk Minit)
19:
Gambar rajah carta Pie yang telah dikecilkan sedikit dengan kedudukan paksi tengah bagi bahagian atas, bawah, kiri dan kanan selari dengan poin tengah kawasan carta.

(Carta Pie untuk Minit)
20:
Bersedia untuk edit Categories dan juga Y-Values. Right-click di kawasan carta dan ketik Data Table.

(Carta Pie untuk Minit)
21:
Edit kolum Categories kepada senarai minit daripada 00 sehingga 59 dan letakkan nilai 1 kepada semua Kategori di kolum Y-Values untuk memperolehi bentuk sama rata.

(Carta Pie untuk Minit)
22:
Beginilah rupa wajahnya.

(Carta Pie untuk Minit)
23:
Bersedia untuk edit warna kawasan dan sempadan bagi setiap Kategori pula. Memang sedikit renyah kerana perlu tukar setiap satu. Pendek kata, ada 60 kawasan Kategorilah yang perlu diedit.

(Carta Pie untuk Minit)
24:
Rupa carta setelah diedit warna kawasan dan sempadan Kategori Minit. Sempadannya (Border) saya pilih warna hitam dengan lebar bersaiz 0.05".

(Carta Pie untuk Minit)
25:
Right-click di dalam kawasan carta dan pilih Insert Data Labels. Nampak label bagi nilai Y yang terpapar. Label nilai Y ini boleh ditukar kepada nilai Kategori.

(Carta Pie untuk Minit)
26:
Lakukan ini dahulu. Right-click dan ketik Format Data Series. Di tab Options, tick Clockwise direction untuk mendapatkan label Kategori mengikut arah jam.

(Carta Pie untuk Minit)
27:
Selepas itu, right-click dan ketik Format Data Labels pula. Pada tab Data Labels, untick Show value as number dan tick Show category. Pilih Outside pada ruangan Placement dan untick Connect displaced data labels to data points di bawah Leader Lines.

(Carta Pie untuk Minit)
28:
Label Kategori kini kelihatan di luar carta namun, kedudukannya berada di tengah kawasan Kategori. Maka, setiap kedudukan label ini perlu diubah mengikut titik sempadan bersesuaian rupa sebuah jam.

(Carta Pie untuk Minit)
29:
Kedudukan Kategori yang telah disusun lebih kemas mengikut titik sempadan boleh dilihat pada imej di bawah.

Kemudian, kita teruskan dengan membuat carta Pie untuk jam di bahagian dalam pula. Sebaiknya, asingkan 1) Frame, carta Pie untuk 2) minit serta 3) jam dan 4) bulatan kecil di Page yang berasingan. Gunakan Insert > Page Break untuk mengekalkan format jarak.

Hal ini memudahkan proses copy and paste untuk pengulangan penggunaan.

Contoh bagi carta Pie untuk minit di atas, Frame yang telah ditetapkan di-copy kemudian di-paste-kan di page berikutnya, dan masukkan carta Pie untuk minit ke dalam Frame yang baru itu.

Setelah itu, teruskan pula dengan copy dan paste Frame kosong yang mula-mula dibuat tadi ke dalam page berikutnya untuk memasukkan carta Pie bagi jam pula.

Ulangi proses membentuk carta Pie untuk jam di bahagian dalam mengikut cara-cara yang telah diterangkan di atas. Seterusnya, buat sedikit perubahan kepada Posisi dan Saiz carta untuk jam ini seperti di bawah.

CARTA PIE UNTUK JAM
(Carta Pie untuk Jam: Properties)
30:
Sebagaimana ditunjukkan pada langkah bernombor 12 di atas, buat perubahan kepada settings Properties seperti imej di bawah untuk saiz carta yang lebih kecil berbanding carta untuk minit. Pastikan juga tetapan di tab Options, Wrap dan Borders sama seperti yang ditunjukkan pada langkah bernombor 13, 14 serta 15.

(Carta Pie untuk Jam)
31:
Posisi XY serta Saiz Lebar & Tinggi saya tetapkan seperti berikut.

(Carta Pie untuk Jam)
32:
Label data untuk jam sama sahaja prosesnya dengan carta untuk minit di atas. Cuma, kedudukan label kategori untuk jam yang bermula daripada 1 sehingga 12 ini semestinya berada di bahagian dalam carta. Rujuk langkah bernombor 27, ruangan Placement perlu ditukar kepada Inside.

(Carta Pie untuk Jam)
33:
Rupa wajah carta untuk jam setelah diedit warna kawasan cartanya dan juga kedudukan label kategorinya.

(Bulatan Kecil pada paksi tengah jam untuk ditampal jarum)
34:
Copy dan paste Frame kosong ke Page baru, dan lukis satu bulatan kecil di bahagian tengah Frame berkenaan.

(Bulatan Kecil pada paksi tengah jam untuk ditampal jarum)
35:
Untuk memastikan bahawa kedudukan bulatan kecil untuk dilekatkan jarum panjang dan pendek ini benar-benar berada di paksi tengah, edit Position and Size-nya seperti yang ditunjukkan di dalam imej di bawah.

Habis kesemua langkah di atas, bolehlah memulakan proses untuk menyusun kedudukan setiap satu daripadanya.
Bermula dengan Frame, copy dan paste carta untuk minit ke dalam Frame berkenaan.
Selepas itu copy dan paste carta untuk jam di atasnya pula. Warna sempadan (Border) tu editlah semula menjadi warna kuning sama seperti warna kawasan Kategori supaya ia tak kelihatan lalu mencacatkan pemandangan.

Dan terakhir sekali, ulangi cara yang sama untuk menambah bulatan kecil di paksi tengah jam sehingga terbentuklah sebuah JAM yang boleh dicetak serta dilekatkan anak-anak panah yang bertindak sebagai jarum panjang dan pendek untuk memperkenalkan fungsi jam kepada anak secara santai.

Do ensure to make it fun!


Kali terakhir dikemaskini:
Top