Bahan Belajar untuk Anak di Rumah

Ada masa lapang, bolehlah sediakan sedikit bahan ilmiah untuk bantu anak belajar di rumah. Saya reka jam bulat yang dicetak di atas kertas A4 untuk memperkenalkan fungsi jam kepada anak sulong saya ini.

Dia mula bersekolah di sekolah kebangsaan bagi darjah satu pada tahun 2021 ini. Perkenalkan secara santai sahaja. Biar dia seronok belajar. Bukan dengan paksaan apatah lagi kekerasan.

Begini gambar jamnya. Lengkap dengan nombor jam di bahagian dalam dan nombor minit di bahagian luar.

Menggunakan perisian LibreOffice Writer, berikut disertakan cara saya mereka jam berkenaan.

(Page Style)


01: Tetapkan Format > Page Style di tab Page (pilih A4 sebagai Format, mengikut standard kertas untuk cetakan) dan Margins.

02: Tetapkan Padding di tab Borders kepada 0 semuanya.

(Frame)


03: Kemudian, pergi kepada Insert > Frame > Frame untuk mendapatkan paksi / kedudukan tengah dari setiap sudut. Di bahagian Type, set saiz dan posisi seperti berikutnya.

04: Set di tab Options seperti di bawah.

05: Set di tab Wrap seperti di bawah. Spacing ditetapkan kepada 0 semuanya.

06: Tetapkan Padding di tab Borders kepada 0 semuanya.

07: Beginilah bentuk bingkainya (frame).

Carta Pie untuk Minit


Kita akan mulakan dengan bentuk jam bagi minit dahulu.

08: Insert Chart dan ketik ikon Chart Type untuk tukar jenis carta.

09: Pilih carta Pie.

10: Kemudian, ketik ikon Legend On/Off untuk menyembunyikan Legend.

11: Bersedia untuk sunting saiz kawasan luar carta. Ketik tetikus belah kanan berdekatan poin-poin kawasan luar carta seperti imej di bawah, dan pilih Properties.

12: Di tab Type, buat tetapan seperti berikut.

13: Teruskan dengan settings pada tab Options.

14: Seterusnya, set di tab Wrap seperti di bawah. Spacing ditetapkan kepada 0 semuanya.

15: Tetapkan Padding di tab Borders kepada 0 semuanya.

16: Berikut ialah rupa saiz carta Pie yang telah dibesarkan sedikit.

17: Ketik dua kali pada kawasan carta untuk mendapatkan pemandangan seperti di bawah. Kemudian, Ketik tetikus belah kanan berdekatan poin-poin kawasan carta untuk penetapan Position and Size.

18: Imej di bawah merupakan penetapan Posisi dan Saiz carta yang saya tetapkan.

19: Gambar rajah carta Pie yang telah dikecilkan sedikit dengan kedudukan paksi tengah bagi bahagian atas, bawah, kiri dan kanan selari dengan poin tengah kawasan carta.

20: Bersedia untuk edit Categories dan juga Y-Values. Ketik tetikus belah kanan di kawasan carta dan ketik Data Table.

21: Sunting kolum Categories kepada senarai minit daripada 00 sehingga 59 dan letakkan nilai 1 kepada semua Kategori di kolum Y-Values untuk memperolehi bentuk sama rata.

22: Beginilah rupa wajahnya.

23: Bersedia untuk edit warna kawasan dan sempadan bagi setiap Kategori pula. Memang sedikit renyah kerana perlu tukar setiap satu. Pendek kata, ada 60 kawasan Kategorilah yang perlu disunting.

24: Rupa carta setelah diedit warna kawasan dan sempadan Kategori Minit. Sempadannya (Border) saya pilih warna hitam dengan lebar bersaiz 0.05".

25: Ketik tetikus belah kanan di dalam kawasan carta dan pilih Insert Data Labels. Nampak label bagi nilai Y yang terpapar. Label nilai Y ini boleh ditukar kepada nilai Kategori.

26: Lakukan ini dahulu. Ketik tetikus belah kanan dan pilih Format Data Series. Di tab Options, tanda kotak “Clockwise direction” untuk mendapatkan label Kategori mengikut arah jam.

27: Selepas itu, ketik tetikus belah kanan dan pergi ke Format Data Labels pula. Pada tab Data Labels, nyah tanda kontak “Show value as number” dan tandakan kotak “Show category”. Pilih Outside pada ruangan Placement dan nyah tanda kotak “Connect displaced data labels to data points” di bawah Leader Lines.

28: Label Kategori kini kelihatan di luar carta namun, kedudukannya berada di tengah kawasan Kategori. Maka, setiap kedudukan label ini perlu diubah mengikut titik sempadan bersesuaian rupa sebuah jam.

29: Kedudukan Kategori yang telah disusun lebih kemas mengikut titik sempadan boleh dilihat pada imej di bawah.

Kemudian, kita teruskan dengan membuat carta Pie untuk jam di bahagian dalam pula. Sebaiknya, asingkan empat benda ini di halaman yang berasingan:

  1. bingkai;
  2. carta Pie untuk minit;
  3. carta Pie untuk jam; dan
  4. bulatan kecil

Gunakan Insert > Page Break untuk mengekalkan format jarak. Hal ini memudahkan proses salin (copy) dan tampal (paste) untuk pengulangan penggunaan.

Contohnya, bagi carta Pie untuk minit di atas, bingkai yang telah ditetapkan disalin kemudian ditampalkan di muka surat berikutnya, dan masukkan carta Pie untuk minit ke dalam bingkai yang baru itu.

Setelah itu, teruskan pula dengan salin dan tampal bingkai kosong yang mula-mula dibuat tadi ke dalam halaman berikutnya untuk memasukkan carta Pie bagi jam pula.

Ulangi proses membentuk carta Pie untuk jam di bahagian dalam mengikut cara-cara yang telah diterangkan di atas. Seterusnya, buat sedikit perubahan kepada Posisi dan Saiz carta untuk jam ini seperti di bawah.

Carta Pie untuk Jam


(Properties)


30: Sebagaimana ditunjukkan pada langkah bernombor 12 di atas, buat perubahan kepada tetapan Properties seperti imej di bawah untuk saiz carta yang lebih kecil berbanding carta untuk minit. Pastikan juga tetapan di tab Options, Wrap dan Borders sama seperti yang ditunjukkan pada langkah bernombor 13, 14 serta 15.

31: Posisi XY serta Saiz Lebar & Tinggi saya tetapkan seperti berikut.

32: Label data untuk jam sama sahaja prosesnya dengan carta untuk minit di atas. Cuma, kedudukan label kategori untuk jam yang bermula daripada 1 sehingga 12 ini semestinya berada di bahagian dalam carta. Rujuk langkah bernombor 27, ruangan Placement perlu ditukar kepada Inside.

33: Rupa wajah carta untuk jam setelah disunting warna kawasan cartanya dan juga kedudukan label kategorinya.

(Bulatan Kecil pada paksi tengah jam untuk ditampal jarum)


34: Salin dan tampal bingkai kosong ke muka surat baru, dan lukis satu bulatan kecil di bahagian tengah bingkai berkenaan.

35: Untuk memastikan bahawa kedudukan bulatan kecil untuk dilekatkan jarum panjang dan pendek ini benar-benar berada di paksi tengah, edit Position and Size-nya seperti yang ditunjukkan di dalam imej di bawah.

Habis kesemua langkah di atas, bolehlah memulakan proses untuk menyusun kedudukan setiap satu daripadanya.

Bermula dengan bingkai, salin dan tampal carta untuk minit ke dalam bingkai berkenaan.

Selepas itu salin dan tampal carta untuk jam di atasnya pula. Warna sempadan (Border) itu sunting semula menjadi warna kuning sama seperti warna kawasan Kategori supaya ia tak kelihatan lalu mencacatkan pemandangan.

Dan terakhir sekali, ulangi cara yang sama untuk menambah bulatan kecil di paksi tengah jam sehingga terbentuklah sebuah [JAM] yang boleh dicetak serta dilekatkan anak-anak panah yang bertindak sebagai jarum panjang dan pendek untuk memperkenalkan fungsi jam kepada anak secara santai.

Do ensure to make it fun!

Kali terakhir dikemaskini:

Tentang Blog & Penulis

Topik perbincangan dalam blog ini merangkumi Linux & perisian sumber terbuka, Virtual Machine, serta Typesetting system.
Fokus semasa: Full Stack Development
Minat sampingan: Analisis Data
Bakat tersembunyi hamba: Menyanyi dan melukis.

Sumber dari Wallpaper Cave.