QEMU/KVM, FreeBSD & ZFS


geeky stuff

Percubaan percubaan.

Jumpa jalan untuk pasang FreeBSD di Mesin Maya menggunakan QEMU/KVM, dengan visual yang lebih baik daripada sebelumnya.

Dan cuba sistem fail ZFS.

Untuk sistem fail berformat ZFS dan peranti maya jenis RAID10, kena ada sekurang-kurangnya empat cakera maya yang diperuntukkan untuk sistem ini.

Saya cipta empat imej cakera maya dengan setiap satunya bersaiz 10GiB.

qemu-img create -f qcow2 /laluan-ke-bsd1.img 10G
qemu-img create -f qcow2 /laluan-ke-bsd2.img 10G
qemu-img create -f qcow2 /laluan-ke-bsd3.img 10G
qemu-img create -f qcow2 /laluan-ke-bsd4.img 10G

Kemudian, load fail ISO terbaru FreeBSD yang telah dimuatturun; sekarang versi 12.2. Juga empat imej cakera maya yang telah dicipta tadi.
qemu-system-x86_64 -enable-kvm -m 4G \
    -device intel-hda -device hda-duplex -device virtio-balloon \
    -vga virtio -display gtk,gl=on \
    -drive file=/laluan-ke-bsd1.img,index=0,media=disk,if=virtio \
    -drive file=/laluan-ke-bsd2.img,index=1,media=disk,if=virtio \
    -drive file=/laluan-ke-bsd3.img,index=2,media=disk,if=virtio \
    -drive file=/laluan-ke-bsd4.img,index=3,media=disk,if=virtio \
    -cdrom /laluan-ke-FreeBSD-12.2-RELEASE-amd64-disc1.iso -boot d
Baris ketiga daripada perintah di atas adalah untuk visual resolusi yang lebih baik di Mesin Maya. Kiranya, dia besaq sikit-lah... Idoklah kecik sampai mata pun nak kena kecikkan jugek...

Sesudah itu, bermulalah proses pemasangan dari pemasang FreeBSD yang termuat di dalam fail ISO berkenaan.


01:
Selamat datang ke pemasang FreeBSD.


02:
Self-explanatory.


03:
Self-explanatory.


04:
Pilih komponen yang mahu dipasang.


05:
Pilih format bagi partition.


06:
Default.


07:
Pilih jenis bagi peranti maya yang diingini. RAID10 seperti yang digambarkan di dalam foto ini dikatakan menyediakan persembahan terbaik tetapi akan memakan saiz simpanan.


08:
Minima empat cakera maya untuk meneruskan pemasangan bagi peranti jenis RAID10.


09:
Pengesahan.


10:
Selesai pengekstrakan, masukkan kata laluan bagi root.


11:
Pilih peranti bagi rangkaian Internet di sistem maya.


12:
Saya pilih konfigurasi IPv4.


13:
Gunakan DHCP.


14:
Biarkan pemasang yang menentukan.


15:
Hmmm. Tiada keperluan untuk saya gunakan IPv6.


16:
Kemas kini konfigurasi Resolver.


17:
Pilih zon masa.


18:
Negara.


19:
Kawasan.


20:
Jenis masa.


21:
Self-explanatory.


22:
Self-explanatory.


23:
Default. Tukar sekiranya perlu.


24:
Self-explanatory.


25:
Ya untuk menambah pengguna.


26:
Masukan pengguna ke dalam kumpulan wheel dan video.


27:
Pengesahan.


28:
Muktamadkan konfigurasi dan keluar daripada pemasang.


29:
Buka shell sekiranya perlukan konfigurasi manual.


30:
Di dalam chroot.

Tambahkan baris-baris berikut ke dalam fail /boot/loader.conf:-
virtio_load="YES"
virtio_pci_load="YES"
virtio_blk_load="YES"
if_vtnet_load="YES"
virtio_balloon_load="YES"
kern.vty=vt
vfs.zfs.prefetch_disable=0


Serta baris berikut ke dalam fail /etc/fstab:-

# sed -ibak "s/ada/vtbd/g" /etc/fstab


Kemas kini aplikasi ‘pkg’. Boleh juga pasang pakej-pakej yang diperlukan seperti sudo, xorg dan editor.

pkg update


Dan tambah baris di bawah ke dalam fail /etc/rc.conf sekiranya perlu kepada pelayan paparan Xorg:-

dbus_enable="YES"


Bila sudah selesai urusan, keluar (taip exit).


31:
Pilih <Live CD> untuk tutup sistem dengan betul.


32:
Masuk sebagai root.


33:
Tutup sistem sebelum load cakera maya tanpa CDROM lagi.

Baris perintah untuk load sistem FreeBSD yang sudah dipasang di Mesin Maya demi konfigurasi dan kegunaan seterusnya:-
qemu-system-x86_64 -enable-kvm -m 4G \
    -device intel-hda -device hda-duplex -device virtio-balloon \
    -vga virtio -display gtk,gl=on \
    -drive file=/laluan-ke-bsd1.img,index=0,media=disk,if=virtio \
    -drive file=/laluan-ke-bsd2.img,index=1,media=disk,if=virtio \
    -drive file=/laluan-ke-bsd3.img,index=2,media=disk,if=virtio \
    -drive file=/laluan-ke-bsd4.img,index=3,media=disk,if=virtio


Tips

Fail sample konfigurasi bagi xinitrc berada di laluan berikut jika berhajat untuk disalin ke $HOME dan disunting mengikut kegemaran peribadi:-
cp /usr/local/etc/X11/xinit/xinitrc .xinitrc


Kemas kini :


Daripada baris perintah di atas untuk load FreeBSD di VM dengan QEMU/KVM, perbezaan resolusi boleh dilihat melalui xrandr (dengan paparan skrin penuh, Ctrl + Alt + F ).
Dengan opsyen
-vga virtio -display gtk,gl=on
Tanpa opsyen
-vga virtio -display gtk,gl=on
Untuk komputer riba saya, visual menjadi lebih kemas dan tepat apabila resolusi ditetapkan kepada mod 1024x768 dengan opsyen -vga virtio -display gtk,gl=on dibandingkan jika tidak disertakan opsyen paparan berkenaan. Pada hemat saya-lah, walaupun paparannya tidak memenuhi skrin komputer riba ini.


Resolusi untuk mod selainnya tidak memberikan pandangan yang menyenangkan mata.


Baris perintah untuk penetapan mod xrandr ini adalah seperti berikut:-

xrandr --output default --mode 1024x768
yang saya tambahkan ke dalam fail ~/.xinitrc sebelum baris pelaksanaan window manager pilihan saya (imej di atas menunjukkan window manager fluxbox).
  • --output merujuk kepada jenis paparan yang wujud (boleh dilihat senarai daripada perintah xrandr di terminal; boleh jadi output yang keluar adalah eDP, DP, HDMI, VIRTUAL etc; jika dijalankan di terminal dalam sistem hos).
  • Senarai mod yang ada juga akan tersenarai bagi paparan (output) yang sedang terhubung. Mod resolusi ini boleh ditukar dengan opsyen --mode.


Kali terakhir halaman ini dikemaskini/disemak semula adalah pada .
Top