Pengasingan Sampah di Rumah Kami Syurga Kami

A Small but Worthy Project We Are Trying to Fulfill

Di lewat malam ke-15 Ramadhan ini, seperti yang tertera pada tajuk di atas, tiba-tiba datang mood mahu menulis tentang proses pengasingan sampah yang kami usahakan di Rumah Kami Syurga Kami.

Suka saya maklumkan bahawa sebelum ini, usaha ini hanya dibuat oleh saya seorang. Suami memang tidak menunjukkan minat untuk membantu sama dalam hal ini. Tetapi sejak sebulan yang lepas, wujud rasa bangga apabila melihat beliau sendiri bersetuju untuk turut sama terlibat dalam menjayakan projek pengasingan sampah di rumah kecil keluarga kami empat beranak ini.

Saya gantungkan dua beg plastik di dapur berdekatan rak gergasi dipenuhi susunan barang-barang dapur yang termuat di bahagian dapur rumah sewa kami ini (ah, berapa banyak perkataan ‘dapur’ daa…); satu untuk plastik dan satu lagi khas untuk kertas. Untuk botol-botol kaca lain pula pengumpulannya kerana kekerapan pembuangan untuk material ini amat sedikit.

Dengan kehadiran seorang peneroka kecil yang hebat di rumah kami, memang amat perlu untuk kami menggantung sahaja barang-barang yang bakal dikitar semula itu. Ruang pula terhad. Jadi sebegini ringkas sahajalah yang mampu kami usahakan buat masa ini.

Apa yang saya dapati, beg plastik yang dikhaskan untuk barang-barang plastik hanya mengambil masa selama 2 ke 3 hari sahaja untuk penuh, manakala beg plastik yang dikhaskan untuk kertas mengambil masa yang lebih lama.

Wah, hal ini menunjukkan betapa penggunaan plastik amat banyak digunakan oleh kami, dan saya percaya rata-ratanya oleh rakyat Malaysia! Bayangkan, jika secara puratanya plastik mengambil masa selama 500 tahun untuk lupus sepenuhnya (which is not by biodegrading but by the means of photodegrading instead), berapa banyak ruang tanah yang diperlukan untuk dijadikan tapak pembuangan sisa plastik ini sekiranya tidak ada proses kitar semula dijalankan? Haa, bayangkan, bayangkan!

Jadinya dengan asbab usaha kecil kami untuk kitar semula bahan ini diharapkan dapat membantu mengurangkan keluasan tapak pembuangan sampah di Malaysia ini.

Sisa makanan pula sekiranya berminyak dan bertulang, kami akan buang. Yang selain daripadanya akan kami jadikan kompos yang amat berguna untuk aktiviti penanaman / pertanian (hal yang ini memang melibatkan minat suami. Saya tukang tengok dan menikmati manfaatnya melalui penuaian hasilnya sahaja. Ada juga rasa mahu meminatkan diri dalam bidang penanaman seperti beliau tetapi dengan kondisi tangan seorang puteri yang menderita masalah ‘irritant contact dermatitis’ ini, saya kuburkan minat ini. Ah, bunyinya macam alasan saja!)

Sisa-sisa makanan berminyak dan bertulang ini pula akan saya cuci dahulu sebelum dicampak ke dalam tong sampah. Aktiviti terlebih rajin ini saya percaya hanya saya seorang yang lakukan.

Manakala suami main campak sahajalah rasanya. Saya selalu nampak. Jadi, bukan rasa-rasa lagi dah. Beliau tahu saya akan mencuci sisa-sisa itu dahulu sebelum buang sebab saya rasa saya pernah lihat yang beliau nampak kelakuan saya itu. Oh, memang tidak sah lagi kerana tidak lama dahulu saya pernah bertanyakan kepada beliau,

"Abang tahu tak saya akan cuci dulu sisa-sisa makanan sebelum buang?"

Suami: “Tahu… pernah nampak.”

Kenapa sisa makanan yang berminyak dan bertulang tidak kami jadikan kompos untuk digunakan dalam aktiviti bercucuk tanam? Kerana menurut suami saya, prosesnya memakan masa yang agak lama untuk terurai dan menghasilkan kompos. Jadi, suami arahkan sisa-sisa sebegitu dibuang sahajalah. Bukan tidak boleh dijadikan kompos. Boleh! Cuma begitulah. Harus menunggu lama. Sedangkan beliau mahu cepat. Maka, saya turutkan sahajalah.

Di beberapa buah negara maju yang mewajibkan pengasingan sampah dan kitar semula seperti Jepun, sisa-sisa makanan ada yang dikitar semula. Tetapi sudah tentulah tidak semua boleh digunakan untuk proses tersebut. Ia melibatkan empat cara; [1] kompos, [2] penghasilan makanan untuk ternakan, [3] pengeluaran minyak dan produk berasaskan lemak seperti bio-diesel dan ink untuk pencetakan, serta [4] memanfaatkan penggunaan metana dalam penapaian.

Dua cara terawal yang dinyatakan boleh diusahakan atas kapasiti individu, tetapi dua kaedah terakhir di atas mungkin memerlukan penglibatan daripada badan-badan korporat dengan kerjasama kerajaan untuk membolehkan pengurusan seperti ini dilaksanakan dengan berkesan.

Apa-apa pun, walau Malaysia masih amat mentah dan kadang-kala kelihatan amat mustahil untuk maju dalam hal ini disebabkan kekurangan kesedaran oleh rakyat Malaysia akan kepentingan pengasingan sampah ini (sebenarnya sedar tetapi malas untuk buat-buat sedar), tidak mustahil untuk ia akhirnya tercapai melalui usaha kecil individu-individu yang saya percaya saban masa akan kian meningkat melalui kempen-kempen kesedaran seperti yang dilakukan oleh SWCorp kini.

Now, my story about our little effort in sorting waste has come to its end. I wonder, how many among those whom I know or are acquaintances to me are doing the same thing?


Regrettably, even though we manage to separate our waste, we are not able to have this one type of waste sorted. It is called 'diapers'. I previously practised 'cloth diapering' for our first kid however, as I mentioned above, I have been suffering from this dermatitis condition since I was in teenage years. So it did not last long and we have been having to resort to using disposable diapers. I tried to have my hands covered with gloves while doing house chores but I found it very unappealing and it just slowed my movement. I could not afford being slow with the blessed existence of our little ones.

Kali terakhir halaman ini dikemaskini/disemak semula adalah pada .
Top