PEMISAHAN SOSIAL

Nama Lain dan Pendekatan Berbeza bagi 'Penjarakan Sosial' : PANDEMIC COVID-19


Masa untuk refleksi diri.

Penjarakan sosial.

Di kala seluruh dunia diuji dengan musibah pandemic Covid-19 ini, saranan daripada badan-badan kesihatan dari seluruh negara adalah untuk menjarakkan diri daripada orang lain.

Tetapi bukan perkara ini sebenarnya yang mahu daku katakan.

Dek Perintah Kawalan Pergerakan yang dijalankan oleh pihak kerajaan dalam usaha melawan virus Corona ini, kujadi terlebih rajin di laman sosial Facebook. Banyak juga menyelar sebarang kelakuan yang tidak munasabah.

Dan seperti biasa diriku. Apabila sudah terlalu banyak aktiviti selar-menyelar dijalankan;
biarpun benar apa yang diperkatakan,
kerana berkata haruslah hanya yang benar,
dan setiap hujah mesti didatangkan dengan fakta,
yang mana siarannya hanya akan daku paparkan untuk tatapan umum dalam tempoh tertentu sahaja.
Tetaplah jua kurasa berdosa dek banyaknya berkata-kata.

Maka wajiblah pula adanya sesi muhasabah diri, mengawal diri untuk hanya bertenang dan berehat daripada hal ini.

Daku namakan ia sebagai ‘PEMISAHAN SOSIAL’ .

Tutup sebarang media sosial yang ada (Facebook je pun yang ada 😁) dan kemudian, pulun gali ilmu pula.

Walau dilanda musibah yang entahkan diri sendiri atau orang-orang yang disayangi terkesan kerananya (Na’udzubillahi min dzalik ya Allah, jauhkan dan pelihara kami semua daripada wabak ini Ya Allah), Allah hadirkan peluang dari segi kelapangan masa. Rebutlah peluang ini selagi berdaya. Biarpun keadaan ini tidak dapat dipastikan sama ada ia mampu berakhir dalam masa yang terdekat atau secepat mungkin.

Namun, pastilah Allah itu lebih mengetahui segalanya.

Ya Allah, bantu kami semua untuk memerangi wabak ini ya Allah. Amiin.


~Lewat tidur malam ini kerana ubat juga lambat dimakan.

Kali terakhir halaman ini dikemaskini/disemak semula adalah pada .
Top