bersama catatan peribadi & teknikalnya.

Melukis Jalur Gemilang dengan ConTeXt LMTX

MetaFun / MetaPost


geeky stuff
#context | #metafun | #metapost

Terdapat dua versi yang saya sediakan. Saya ada menghantar e-mel kepada Jabatan Penerangan Malaysia di awal minggu kedua bulan Oktober ini bertanyakan versi manakah yang sebenarnya lebih tepat berdasarkan lakaran yang pernah mereka terbitkan, namun tiada sebarang jawapan yang diterima buat masa ini melainkan hanya pengesahan bahawa mereka telah menerima e-mel itu dan telah memajukannya kepada pihak yang berkenaan.

Bintang pecah empat belas dilukis menggunakan Persamaan Parametrik untuk bulatan. Datanya ada saya sediakan dalam siaran blog terdahulu.
Unjuran yang saya gunakan adalah bersaiz 1cm per unit yang dikecilkan skalanya kepada 75% untuk memuatkan lukisan ke dalam kertas bersaiz A4. Data ini dibundarkan kepada dua titik perpuluhan.

VERSI 1: BULATAN PADA BAHAGIAN DALAM BULAN SABIT

(Di paksi-y berkedudukan 1½ unit dari atas; titik persilangan sebelah kiri bagi bulatan bahagian dalam bertemu di kedudukan 5½ unit pada paksi-x dari sebelah kiri. Jejarinya adalah kira-kira 2.67 @ 2⅔ unit).

Gabungan warna CMYK (saya rujuk dua panduan yang diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia; Terbitan 2017 dan 2020):-

Biru    : Cyan = 1, Magenta = 1.00, Yellow = 0, Key = 0
Merah   : Cyan = 0, Magenta =  .95, Yellow = 1, Key = 0
Kuning  : Cyan = 0, Magenta =  .09, Yellow = 1, Key = 0

Kod Sumber: bendera_bulat, pautan: PDF / Alternatif

LAKARAN (Versi 1):

VERSI 2: ELIPS PADA BAHAGIAN DALAM BULAN SABIT

(Di paksi-y berkedudukan 1½ unit dari atas; titik persilangan sebelah kiri elips bertemu di kedudukan kira-kira 5¾ atau 5.75 ~ 5.78 unit pada paksi-x dari sebelah kiri. Jejari semi-major = 2.8 @ 2⅘ unit, Jejari semi-minor = 2.6 @ 2⅗ unit).

Kod Sumber: bendera_elips, pautan: PDF / Alternatif

LAKARAN (Versi 2):



Kali terakhir dikemaskini:


Top