bersama catatan peribadi & teknikalnya.

Melukis Jalur Gemilang dengan CONTEXT LMTX

MetaFun / MetaPost


geeky stuff
#context | #metafun | #metapost

Terdapat dua versi yang saya sediakan. Saya ada menghantar e-mel kepada Jabatan Penerangan Malaysia di awal minggu kedua bulan Oktober ini bertanyakan versi manakah yang lebih tepat berdasarkan lakaran yang pernah mereka terbitkan, namun tiada sebarang jawapan yang diterima buat masa ini melainkan hanya pengesahan bahawa mereka telah menerima e-mel itu dan telah memajukannya kepada pihak yang berkenaan.

Lakaran yang diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia edisi 2020.

  1. Unjuran yang saya gunakan adalah bersaiz 1cm per unit yang dikecilkan skalanya kepada 75% untuk memuatkan lukisan ke dalam kertas bersaiz A4.
  2. Setelah pelbagai usaha melalui banyaknya episod 'percubaan dan ralat', saya akhirnya mengecapi sedikit kejayaan dengan memasukkan Persamaan Parametrik melalui makro MetaPost untuk menghasilkan imej bintang pecah 14.
    Hmm, not sure if I can simplify it directly with a 'draw function' macro instead of the current method, but it may be hard or even impossible to implement since it involves equations of many non-collinear points.

Gabungan warna CMYK (saya rujuk dua panduan yang diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia; Terbitan 2017 dan 2020):-

Biru    : Cyan = 1, Magenta = 1.00, Yellow = 0, Key = 0
Merah   : Cyan = 0, Magenta =  .95, Yellow = 1, Key = 0
Kuning  : Cyan = 0, Magenta =  .09, Yellow = 1, Key = 0

VERSI 1: BULATAN PADA BAHAGIAN DALAM BULAN SABIT

Versi ini yang kebanyakannya saya jumpa apabila membuat carian dalam talian namun pada pandangan saya, ia kurang tepat sekiranya dirujuk pada lakaran rasmi oleh Jabatan Penerangan Malaysia sebagaimana di atas (petunjuk: lihat kedudukan titik W).

LAKARAN (Versi 1):

Kedudukan titik W pada bulatan bahagian dalam:
Paksi-x = kira-kira 5½ atau ~5.5 unit dari sebelah kiri;
Paksi-y = 1½ unit dari atas;

Diameternya adalah ~5.33 @ 5⅓ unit.


Kod Sumber: bendera_bulat, pautan: PDF / Alternatif

VERSI 2: ELIPS PADA BAHAGIAN DALAM BULAN SABIT

Versi inilah yang saya rasakan menghampiri ketepatan berdasarkan lakaran yang dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

Tidak pastilah saya seandainya timbul kesangsian terhadap fenomena bahagian gelap pada permukaan bulan yang menghadap bumi ini terjadi dalam bentuk elips kerana tidaklah saya arif berkenaan ilmu astronomi ini. Walaubagaimanapun, sekiranya mahukan kedudukan pada bahagian dalam anak bulan seperti yang digambarkan oleh JPM, maka tidak dapat tidak, berbentuk elips-lah pada kiraan saya kerana bentuk bulatan tidak akan mampu menempatkan ia di kedudukan pada skala yang mereka tetapkan.

LAKARAN (Versi 2):

Kedudukan titik W pada elips:
Paksi-x = 5¾ atau 5.75 unit dari sebelah kiri;
Paksi-y = 1½ atau 1.5 unit dari atas;
Diameter major = 5.5 @ 5½ unit (boleh jadi antara 5.5 - 5.6 unit);
Diameter minor = 5.2 @ 5⅕ unit.

Kod Sumber: bendera_elips, pautan: PDF / Alternatif



Kali terakhir dikemaskini:
Top