Melukis Jalur Gemilang dengan ConTeXt
MetaFun / MetaPost
Terdapat dua versi yang saya sediakan. Saya ada menghantar e-mel kepada Jabatan Penerangan Malaysia
di awal minggu kedua bulan Oktober ini bertanyakan versi manakah yang lebih tepat berdasarkan lakaran yang pernah mereka terbitkan, namun tiada sebarang jawapan yang diterima buat masa ini melainkan hanya pengesahan bahawa mereka telah menerima e-mel itu dan telah memajukannya kepada pihak yang berkenaan.
Gabungan warna CMYK
(saya rujuk dua panduan yang diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia; Terbitan 2017 dan 2020):-
Biru : Cyan = 1, Magenta = 1.00, Yellow = 0, Key = 0
Merah : Cyan = 0, Magenta = .95, Yellow = 1, Key = 0
Kuning : Cyan = 0, Magenta = .09, Yellow = 1, Key = 0
VERSI 1: BULATAN
PADA BAHAGIAN DALAM BULAN SABIT
Versi ini yang kebanyakannya saya jumpa apabila membuat carian dalam talian namun pada pandangan saya, ia kurang tepat sekiranya dirujuk pada lakaran rasmi oleh Jabatan Penerangan Malaysia sebagaimana di atas (petunjuk: lihat kedudukan titik W
).
LAKARAN (Versi 1):
titik W
pada bulatan bahagian dalam:Paksi-x = kira-kira 5½ atau ~5.5 unit dari sebelah kiri;
Paksi-y = 1½ unit dari atas;
Diameternya adalah ~5.33 @ 5⅓ unit.
Kod Sumber: bendera_bulat,
pautan: PDF / Alternatif
VERSI 2: ELIPS
PADA BAHAGIAN DALAM BULAN SABIT
Versi inilah yang saya rasakan menghampiri ketepatan berdasarkan lakaran yang dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Penerangan Malaysia.
Tidak pastilah saya seandainya timbul kesangsian terhadap fenomena bahagian gelap pada permukaan bulan yang menghadap bumi ini terjadi dalam bentuk elips kerana tidaklah saya arif berkenaan ilmu astronomi ini. Walaubagaimanapun, sekiranya mahukan kedudukan pada bahagian dalam anak bulan seperti yang digambarkan oleh JPM, maka tidak dapat tidak, berbentuk elips-lah pada kiraan saya kerana bentuk bulatan tidak akan mampu menempatkan ia di kedudukan pada skala yang mereka tetapkan.
LAKARAN (Versi 2):
titik W
pada elips:Paksi-x = 5¾ atau 5.75 unit dari sebelah kiri;
Paksi-y = 1½ atau 1.5 unit dari atas;
Diameter major = 5.5 @ 5½ unit (boleh jadi antara 5.5 - 5.6 unit);
Diameter minor = 5.2 @ 5⅕ unit.
Kod Sumber: bendera_elips, pautan: PDF / Alternatif